Tuesday 23 June 2009

My Training Skills! ABM

Ehem-ehem..

hari ini aku nak cerita tentang apa yang aku wat sekarang ni...

aku melanjutkan pengetahuan aku ke sebuah institusi yang berteraskan kemahiran

Selamat Datang Ke Akademi

Termenung Je? Ha.. duk fikir 2, Apa yang aku akan Belajar Dalam Masa 3 Bulan

Membe aku best, sampai ternganga, haha (sori At Gurau2 Je)

Mulai 1.5.2009 sehingga 30.7.2009

Amboi, tadi duk fikir2 je.. ni dah mendrill lak.. haha, sebenarnya sebelum
wat keje kursus ada kelas teori, gambar x sempat aku nak tangkap..hehe
berlajar mendrill , memotong cermin dan mengerat cermin..(ayat baru)
Ni member aku, Namanya At, Orang Alor Setar, Dia la bantu aku wat ni juga

Teori dah blaja, Berlatih la plak.. Membe aku ni cekap giler..

macam serasi ja ngan cermin.. tangan x luka beb..!

Ha, Ni turn aku plak Mengerat, haha aku dah banyak kali luka tangan,

terutama dijari.. korang mesti best kalau first time kerat cermin

boleh tengok DARAH hehehe..

Siap Pun Keje kursus aku, Ha... Nak Tau ni orang panggil apa?

Casement Namanya, Pas Dah siap ni ada La tugasan Baru kita orang.

Best Tau kalau siap.. Baru leh banding ngan pelatih lain

Sape Hebat..hehe

Ha.. tau x kenapa yang ni saiz dia besar? ini disebabkan cikgu la..

haha.. dia bagi tugasan ala-ala saiz sebenar, aku wat sliding door,

tapi cermin dan bahagian dalam 2, At yang wat.

terer GILA..

(DRYWALL)

Kepada daie yang minatkan seni khat, dan juga ingin mempraktikkan

kaligrafi arab dipersada alam binaan elok belajar ni..

Aku x belajar benda ni so xleh nak ajar











Monday 22 June 2009

My Superbike !

Amacam Kawan Motor Aku Ni? Power X?!

haha.. la.. jangan pandang aku sebelah mata, aku pakai superbike tau

ini dia HONDA CBR 1000 BeB! X caya? nak tgk gmbar aku?
meh aku tunjuk lagi gambarnya

Ini AKU dan moto Aku.. Berkilat x? Biasala.. jagakan.. sentiasa la berrkilat
Ni aku dah siap-siap nak gerak ni.. balik kedah.. layan Beb!!!!
Ha, cepat-cepat, baca doa dulu.. pastikan semua telah diperiksa dan yang penting..
keselamatan anda O.k..
OK lah.. aku chaew dulu.. selamat jalan...



angan-angan., harap-harap x salah angan-angan aku ni..

aku dari dulu minat superbike ni, kalau lalu je tepi aku, mesti xlepas

pandang..aku klentong je korang, atas 2 moto membe pakcik aku..hehe

Aku harap suatu hari nanti aku mampu milikinya,, doakan ye.. hehe

Sunday 14 June 2009

Result SPM 2008 Ku



Tentang SPM dan Segala yang sangkut-paut

Sebelum korang nak kate aku ni poyo ke ape ke, biar aku x-plainkn dulu ye...Ni blog Aku, suka hati la nak pos pape pun..haha(maaf ye kalau rasa macam kurang ajar ye)ok lah.. berbalik pada cita aku.. Aku nak story juga la kat sini kan, tentang result SPM aku, harap dapat pengajaran ke iktibar ke, dan yang paling penting, adik-adik aku boleh contohi aku..


Keputusan SPM aku bebaru ni agak memberangsangkan la juga.. aku x puas hati sebab xdapat suma.. Maybe ada hikmahnya kot.. lagi pun mungkin berbaloi dengan apa usaha aku.. tuhan lebih mengetauhi apa yang terbaik..Aku dengan bangganya dan rasminya, nak mengumumkan.. result SPM sesi 2008!!Aku mendapat 7A BEB!! yang lain 2B dan 1C, hehe nak tau apa yang c? jap g aku cerita..


Baiklah, hari ini aku nak dedahkan macam mana aku dapat banyak huruf A..haha..sebenarnya aku ni budak ngaji agama, ataupun dalam istilah mendalamnya, aku ngaji pondok, kat kedah..Nama pondok 2 Maahad Tarbiah Islamiah.. Tapi, sekarang ni bukan nak cite tentang pondok 2.. Jadi bila nak daftar SPM ari 2, aku tanya kat cikgu, berapa maksimum pelajaran agama yang boleh saya ambik? cikgu cakap ikut kemampuan kamu la.. aku tilik punya tilik, ada 4 pelajaran agama yang aku ambik untuk SPM ni, 1.pendidikan islam, 2.Syariah 3.Alquran dan assunah 4.Bahasa arab tinggi. Tengok 2, kat sini je dah 4A aku boleh dapat..dan korang nak tau? aku xtumpu dah kat pelajaran ni, sebab kat pondok yang aku belajar dulu lagi tinggi tahapnya.. kat sini je aku dah safe banyak masa boleh tumpu yang lain..

Ok..nak tau lagi 3A aku curi mana,..? aku selongkar pelajaran mana yang xpenah aku belajar, sumenya ada 6, aku xpenah belajar standard tinggi macam SPM ni, Jadi aku tumpu la.. tapi, mengikut keutamaan, 1.B.M 2.B.I 3.Math 4.sains 5.sejarah 6.Ekonomi Asas..macam mana Aku study? baik, B.M ni aku xtau nak x-plain pasal B.m ni aku main formula juga..aku dapat formula ni pun time p seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.. dan x lupa juga cikgu yang mendidik.. B.I? kan aku ada tulis, sebelum ambik SPM ni aku ada Ambik kelass B.I kn ? jadi sedikit sebanyak membantu aku. Untuk Math ni aku gila2 study, aku ambik tusyen, curi masa mata pelajaran agama, study math..sebab aku betul2 perlu fokus kalau nak yang terbaik.. Sains ni plak aku betul2 terima kasih pada allah kerana kurniakan cikgu yang pandai mengajar.. cikgu ni baru pas kluar universiti, tapi xpa..dia tolong study kat kami, kemungkinan2 tajuk mana yang bakal naik.. T.Q cikgu Azirah!! Sejrah ni plak nasib ada bantuan pondok dulu.. dia ada tanya juga tentang sejarah para nabi dan sahabat.. kedatangan islam ditanah melayu.. apa lagi bekal dah da ada.. balun je la.. yang lain2 2, cikgu tolong permudahkan sejarah penjajah, sejarah malaysia dan sejarah dunia.. x lupa aku kat cikgu ku manis ni..Hairan Nape aku ambik Ekonomi Asas? aku saje je.. nak tambah maklumat tentang kitaran ekonomi ni.. tapi dapat faham yang asas je la.. xpe2 banyak membantu aku pelajaran ekonomi ni.. nak tau hasil nya x?Apa yang A ?apa Yang B? Dan yg C tu?


Bahasa Malaysia A2, Bahasa Arab Tinggi A2, Syariah Islamiah A2, Al-quran As-sunnah A2, Pendidikan Islam A2, Matematik A1, Sains A1, Ekonomi Asas B3, Sejarah B3, English..ni yang sedih ni..dapat C5 je... tapi aku syukur!!


Taniah atas diri aku dengan segala strategi ku...!!

Saturday 13 June 2009

Hala Tuju Teman Seperjuangan




Hala Tuju Teman Seperjuanganku Setelah Tamat Thanawi 6 sesi 2007




Namanya Redhuan, ataupun lebih disenangi dengan panggilan wawan, umo sebaya or tua setahun dari aku agak nye 20 or 21..pas Thanawi 6 ari tu dia terus ke ipoh rumah abang nya, kalau tak silap dia tolong abangnye mengajar qiraati kat sana, dalam masa yang sama, dia daftar diri dia untuk ambik SPM, ini disebabkan sek kami tu tak ada SPM, Tapi Xkisah pun.. lepas tamat di derang pun boleh ambikkan? Alhamdullah.. keputuan SPM nya memuaskan, dengan itu, dia telah melanjutkan pelajarannya ke kolej tempatan, kolej islam perak or apa namanya(ntah le..dia ada bg tau ari 2),but its not the point, the point is, he further his study right?(salah kot english aku ni..hahah) ok la, sekarang ni baru start sem agaknya, ye la, mana-mana kolej or universiti start sem dalam bulan 5 or 6 ni kan? aku harp kawan aku ni berjaya dalam usahanya maju kehadan, aku berdoa pada tuhan untuk kejayaanya di masa hadapan!!GOOD LUCK WAWAN!!

Ha.. yang macam tok batin ni sape..? Nama dia Abdul Rahim, dia ni tua setahun dari aku,umurdia 21.. tapi muka baru macam 16 kan? hehe Jangan Marah.. cerita dia ni plak macam ni, pas tamat thanawi 6 ari tu, dia nak teruskan pengajian kat derang lagi, peringkat tafaquh, kira macam diploma la..dia pun daftarkan diri, dalam masa yang sama dia daftarkan diri juga sebagai calon persendirian bagi menduduki SPM,Dia belajar sendiri je dia kata, tapikan yang dahsyatnye, dia diuji dengan ujian yang hebat tau, nak dekat2 SPM tu dia dapat offer melanjutkan pelajaran ke yaman.. agak2 dia terima x..? dia x terima, atas sebab peribadi, dia pulun la SPM ni.. Akhirnya Alhamdulillah.. keputusan dia pun memuaskan, sekarang ni tau x dia watpe? dia lanjutkan lagi pelajaran dia dengan ambik STAM.. wah, baguskan rahim ni.. kalau nak bekenalan jangan la segan2.. minta no ke apa ke kat aku.. haha (jangan Marah ye rahim..aku tolong jual minyak.. xkisahkan?) Aku harap STAM ni lakukan yang terbaik k.. AMIN....

Yang ni plak..namanya Hisyamuddin, org panggil Syam je..dia ni muka je muda, tapi dah tua..hehe umur dia kt 23 or 24, tapi sekelas ngan aku.. kenapa?? jangan la tanya aku.. tanya dia sendiri la..xtahu nk tanya macam mana? xpe2..nanti aku cari email dia, korang je tny k..
Yang aku nak cite sekarang pas dia tamat thanawi 6, pas dia tamat tu kan dia sambung kat tafaqquh juga.. dia ni pun same juga daftarkan diri sebagai calon SPM persendirian.. nak tahu result dia x..? sorry..aku xada jawapan untuk 2.. sebabnya kenapa?? biarlah rahsia...hehe tapi nak tau x sekarang ni di wat pe..? dia dah jadi promoter untuk satu syarikat pengeluaran kereta, perodua atau proton kat shah alam, lama dah aku x jumpa dia ni.. dia bz.. banyak keje kot.. tapi xpa, persahabatan ni untuk selamanya bukan..? ada jodoh, berjumpa la kami...Pape pun aku ni sentiasa doakan kebahagian hang syam.. selamat berjaya..

Dan yang ni aku..Nama aku iz'aan, kawan-kawan panggil aku izaan, ustaz pun panggil aku izaan.. kiranya nama iz'aan ni memang nama yang mesra la kot.. nak tau jalan yang aku pilih plak?setamat aku thanawi 6, parent aku suruh ambik kelas bahasa inggeris, aku ni kalau cakap english phua chu kang aku tau la, english u.s or u.k ni xda la aku tau.. dah parent suruh, aku pun p jela.. 2 sebulan lebih je kelas 2..

lepas pada tu, aku daftar diri masuk tafaquh, tapi xlama, aku fikir2 balik, ada baiknya aku berhenti dan masuk kelas yang formal untuk duduki SPM ni.. Time 2 kan, lagi 7 bulan je nak exam, bulan 3 kalau x silap aku daftar 2..

Tapi korang jangan terkejut, Aku dapat 7A beb!!!2B & 1C.

(riaknya aku..) nak tahu rahsianya? boleh2..Pas dapat result 2 aku terus minta pilot, aku dapat tawaran kat HMA langkawi, Tapi yang menyedihkan duet Plak x cukup.. Pinjaman mara tu plak dah beku time aku minta 2, yang untuk U & poli ni, aku minta juga,dapat UDM (universiti darul iman), Aku xpuas hati sebab xdapat belajar pilot 2, sec ond choice aku,aku minta nak belajar kat jordan plak..borang dah submit, tapi xtau la lagi diterima atau x, kalau diterima pun kemasukan lambat lagi..bulan 9 macam 2,jadi sekarang ni aku ambik kemahiran di ABM (akademi binaan Malaysia) aku ambik fabrikasi aluminium, hujung bulan 7 ni habisla...



Dia ni la pesaing aku yang paling bahaya sekali.. Nama dia Abul Gida.. Nak tau kenapa..?? dia ni budak pandai, kalau exam ni.. mesti keputusan dekat2 je... tapi takpe..org cakap persaingn yang sihat..xpe la..dia ni pas keluar thanawi 6, dia p keje dulu kot.. pas pada 2 baru dia daftar SPM kat tempat aku belajar, s.m.k tengku mahmood alor setar. Jangan tekejut plak result spm dia.. Dia dapat 7A juga!! terer kan..?

itulah gida kawan aku.. kami masing-masing tolong menolong untuk berjaya bersama-sama..cikgu-cikgu yang ada sume terkezuutt ngan pencapaian kami.. dah la xda asas, masuk kelas 7 bulan dapat 7A,ada orang x puas hati tau.. budak pondok dapat 7A..hehe ini bukan nak riak ke, apa ke.. just nak bagi tau masyarakat diluar sana, hantarlah anak kamu untuk pelajari ilmu aga dulu.. kemudian baru mengaji ilmu duniawi ni.. bukan lah saya nafikan ilmu duniawi, tapi saya rasa ibu bapa perlu tekan tentang agama dulu.. kalau kita cari dunia, memang kita dapat dunia, tap kalau kita cari akhirat automatik dapat dunia.. berbalik pada gida ni, sekarang dia tengah ambik stam, sekali ngn rahim.. kat baling kot kalau x silap.. papepun taniah gida!! Buat Yang terbaik untuk stam ni.. bleh g al-azhar..doaku sentiasa menemani mu.. (ceh wah.. nak bodek la 2)..


"Salam sejahtera, sari berita cuaca untuk seluruh negara"hehe.. macam islamic je pembaca berita ni..hehe nama empunya gambar ni abdul hadi bin abdul majid.. Dia ni bakal ulama' tau.. doakan Amin..

Baiklah, selepas Menjadi alumni Thanawi 6, hadi mengambil keputusan sama macam rahim, iaitu melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi..diploma di tafaqquh, namun begitu, beliau merasakan pentingnya SPM lalu mengambil keputusan dengan mendaftar kan diri beliau sebagai calon SPM persendirian.. namun ketentuan ilahi lebih hebat berbanding perancangan manusia, dalam pertengahan tahun 2008, beliau mendapt tawaran bagi melanjutkan pelajaran beliau ke tempat yang tidak pernah beliau sangka iaitu di sana' yaman, beliau telah pun membuat keputusan untuk kesana, maka bermula lah perjalanan seorang musafir kelana merentasi lautan menuju ke bumi anbia.. segala penat dan lelah beliau bagi mengumpul dana untuk kesana telah mendapat perhataian seorang yang pemurah,hamba tersebut banyak membantu beliau sehingga beliau berjaya kesana..kini beliau berada di tahun 1! syabas Abdul Hadi! buktikan pada dunia bahawa dirimu penyambung risalah!! TakbiR! allah akhbar! amin ya rabbala'lamin

Abu Hassan Ali.. namanya saja dah menampakkan beliau seorang yang penyayang,Halus tutur kata, tinggi budi pekerti..Bukan sekadar nama.. tapi peribadinya juga begitu.. begitu beruntung rasanya diri ini kerana pernah diberi peluang untuk mengenali insan yang bersama ali..mengapa?? dalam persahabatan kadang2 berlaku perselisihan faham bukan? apa yg korang wat? bertumbuk? bertekak? memang itu yang sering dilakukan berbeza dengan ali.. dia sentiasa senyum dan diam apabila marah...

selepas tamat Thanawi 6, ali terus berkhidmat kepada masyarakat dengan mendidik anak masyarakat mempelajari qiraat..Mulia sungguh hati abu hasan ali ini.. sampai detik ini ali terus berkhidmat..ya allah kau kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada insan ini bagi menempuh segala liku2 kehidupan...aku harap persahabatan ini terus kekal abadi... semoga usaha murni mu mendapat ganjaran yang tidak ternilai harganya disisi robbul jalil..
Dan Yang terakhir.. sahabat ku aizat syafiq.. ada cerita yang best tentang dia ni.. aizat ni umor dia tua setahun daripada aku.. tapi xpa.. sahabat xkira umor.. selepas tamat thanawi 6 ari 2, dia ni terus wat keputusan nak ambik spm.. begitu bersemangat.. tetapi sampai pertengahan tahun aizat ni dapat ujian malas nak belajar dah.. aku selaku kawan pun hairan.. aku pun bertungkus lumus memujuknya supaya sambung belajar balik(saja nak dapat nama..hehe),dan ujian 1 lagi ditimpa kemalangan jalan raya dihadapan penjara alor setar..agak parah la juga.. tapi tiada kecacatan kekal agaknye.. setelah kejadian tersebutaizat ni tiba2 semangat nak belajar, rupa2 nya dengan sogokan seutas motosikal baru oleh parent beliau.. Wave 125 baru.. taniah aizat.. biasala kejadian macam ni..ibu bapa tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.. nak tahu x keputusan aizat? nak tahu tny sendiri..haha..tapi for sure dia dapat keputusan yang memuaskan..dan kini aizat melanjutkan pelajaranya dalam bidang ict (multimedia) di kolej university insaniah sungai petani... taniah!!
buktikan lepasan Maahad Tarbiah Islamiah Is The Best Among Of The Best!!
(betul ke bi aku ni pun.. salh tegur2 la ye..)
Semua tentang membe2 aku, aku dah cita, korang bila plak?
(khusus Untuk Thanawi 6 banat Sesi 2007)
Masing2 anda impian untuk maju kehadapan.. aku dan sahabat aku, dah pun pilih jalan masing2 untuk berjaya.. Sekian

Friday 12 June 2009

Hari jamuan & anugrah

Hari Jamuan Dan Anugrah S.M.K Tengku Mahmood Alor Setar
ha... Hari Jamuan Ni antara hari yang best juga dalam hidup aku..
hari jamuan ni juga 2,3 hari pas aku xcden.. terjengkut-jengkut aku p jamuan 2,
lawak2.. tapi aku x nek moto dah.. aku nek keta..bapa aku yg x kasi..
kalau ikut aku bleh je nak nek moto 2..(nak cover la kata jiwa kering..haha)
Aku pakai baju melayu Warna Biri, Baju melayu Aku untuk Tahun 2...
Kiranya Rasmi awal la.. ye la.. yang lain baju aku sume jubah.. haha
Majlis 2 start lebih kurang jam 9, aku punya semangat pukul 7 lebih kluar rumah dah,
keluar rumah awal pun bukan p terus kt jamuan 2, tapi melepak rumah sewa atau
lebih di senangi dengan panggilan rumah bujang.. ramai juga geng rumah bujang tumpang
kat 5 orang termasuk aku,,cadang nak muat 8 orang, tapi tengok2 dan difikir balik,
macam tin sardin la plak...
jamuan itu diadakan di dewan serbaguna tnb alor setar, jadi sesampai aku di sana, aku tengok ramai membe2 aku yang ada, Sume hensem seangkatan degan aku..(perasan skit)
cikgu pun mula la tugas diorang dengan menjerit, MURID!!! Masuk Dewan!! haha
dah la tua bangka semua kat S.M.K.T.M ni... kesian Kat cikgu2..
Ada juga memebe yang x datang diatas sebab yg x dapat di elakkan kot.. aku Agak je la...
dihidang kan kepada kami segelintir bihun goreng.. seliter air sirap.. dan macam lagi..
pas pada 2 ada ucapan oleh pengetua sikit,timblan sikit.. termasuk cikgu jo ngn cikgu norish.
pendek kata sume sorang sikit...
ada anugrah tau, secara bangganya aku pun terima anugrah.. haha
anugarah pelajar terbaik keseluruhan, anugrah pelajar matematik moden terbaik,
dan ada 1 lagi anugrah aku lupa..
ish2.. matematik aku dapat anugrah?? heran2.. dah la blaja
matematik campur,tolak,bahagi dan kali je.. xpnh blaja x ngn y ni..
blur gile ngaji math ni.. rezeki kot.. alhamdullah...
majlis 2 tamat nak kat zohor kot... kami pun bersurai pas 2,
salam-salaman ngn cikgu2 yang ada, membe2 lelaki je.. perempuan? agak2 salam x?
Lu pikir la sendiri...
salam

Xcden!! malang sebelum SPM

Salam..

Korang sume penah di timpa malang x?

aku ada cita tentang nasib malang ni..
sumenya berlaku time lg 5,6 hari lagi nk SPM, takut gile!!(SPM 2008)
ni sume gara-gara giler moto..
aku ni menyesal sangat-sangat, salah ? memang salah aku pun..
2 yang menyesal 2, aku g blah keta kancil face 2 face..
aku bawak pembonceng plak 2,nasib bek kwn aku x teruk,

kalau x jenuh nak menjawab ngn famili dia..


sumanya berlaku depan s.m.k syed omar alor setar,kedah
membe aku terbang ke depan dalam 5,6 kaki kedepan..

time 2 aku dah pening terbaring..nak bangun pun xleh..

membe aku dah x bergerak.. risau aku..
ada orang lalu lalang pun x tolong..padan muka kami..

suma pakat nak tunggu ambulan datang.. kalau orang tenat,
dh lama k.o agaknya..dekat sejam tunggu, baru datang ambulan 2..
xpala.. aku harap jadi pengajaran bagi diri aku..
tapi, x lama.. aku dh kembali on the road.. haha
xrasa menyesal lak 2.. duk bawak moto macam pelesit jg..
korang agak2? berapa la spm aku dapat? dh la xcden lg 5,6 hari je nk exam..
xpa, nnt aku story kt korang..
jadi saranan aku untuk orang yang giler moto di luar sana, jangan la jadi macam aku..
menyesal x sudah tau..
itu la first time aku nek ambulan, ya allah.. lg la macam setan drivernya,
bawak laju nak mampus!! sampai berepusing2, bergolek2 aku dalam 2..
takut jg bila masuk wad 2, 15 minit sekali orang xcden masuk, lg teruk plak 2..
ngeri2..
sampai sekarang aku rasa lagi sakit kat kepala pas xcden 2.. gegar agaknya otak aku ni..
ok la kawan2.. cukup la kot peringatan aku untuk diri aku ni..
sekian