Monday 27 July 2009

Final Exam Amali Di ABM


Assalamualaikum
Aku Nak Coret Juga Kat Sini Tentang Imtihan Aku... Cewah, Macam Ngaji La Plak.Hari Ni Aku Final Exam, Exam Aku Terbahagi Kepada 2, Amali & Teori.Hari Ini Aku Dan Kawan-kawan Di uji DEngan Amali Iaitu Ujian Kemahiran,Soalan Yang Diberi Ialah Casement Window @ Top Hang.Barang Yang Diberi Adalah Secukupnya, Jika Tersilap Potong, Pelatih Dikehendaki Memperbetulkan Kesilapan Tanpa Di Beri Bahan Yang Baru, Ni yang Buat Aku Lemah NI,Aku Buat Keje Selalu Was-Was, Kadang-kadang Sampai 5,6 Kali Potong Benda Yang Sama,Kiranya Kali Ni, Aku Di Uji Supaya Tidak Was-was Dalam Melakukan Kerja, Kiranya Agak Berat La Ujian NI, Masa Yang Diperuntukan Untuk Para Pelatih Ialah 4 Jam,Bermula Jam 11 Pagi Sehingga Jam 4 Petang Ianya Juga Diselangi Dengan Waktu RehatAntara Jam 1 Petang Sehingga 2 .30 Petang.Baik, Aku Nak Cerita Tentang Aku Plak Dalam UJian ni, Aku Buang Masa Banyak, Kadang-Kadang Kira Benda Yang X sepatutnya Dikira, Haha. Membe Dah Siap 40% Aku Baru 20%,Suka BUang Masa Rupanya Aku nI, Aku Banyak Was-was 2 Yang Lambat Sikit, Kira Dalam Masa 2 Jam Yang Pertama Aku hanya SEmpat Menyiapkan OuterFRame JE, Memang Sangat Memalukan. Orang Lain Dah Start Potong Inner Frame Dah.2 Jam Yang Berikutnya Baru Pulun Buat Sungguh-Sungguh, Tau Kenapa? Inner Lagi SusahDari Outer, Sebab Lagi Rumit, Banyak Benda Yang Nak Kena Sempurna Kalau X, Nanti Jadi Hodoh.Sampai Saat-sat Akhir Cikgu Bagi Masa Tambahan, Lega Aku, Aku masa tu, Baru Siap Outer Dan Inner, Tapi X canTumkan Lagi.. Akhirnya Tepat Jam 5 Baru Kami Selamat Dan Selesai Menyiapkan tugasa yang diberi, Membe Aku Ada juga yang silap potong, Tapi Tipu Diri Sendiri Dengan Ambil Bahan Baru Dalam Stor, Kira Aku Dalam Exam Kali NI Rasa-rasanya Lulus & Jujur, Haha..Esok Exam Teori Plak, Harap-harap Dapat Buat Yang Terbaik..

Thursday 23 July 2009

Kursus Kontraktor di IUB MARA

Salam, Agak lama juga aku mendiam, bukan sebab dah jemu menulis, tapi disebabkan keletihan..
2 minggu yang lalu aku telah melibatkan diri aku dengan kursus kontraktor yang diadakan di Institut Usahawan Bumiputera, Kuala Lumpur.
Tujuan Aku Melibatkan diri aku dalam kursus ni atas dorongan dan juga memenuhi kehendak kedua ibu bapa ku, tetapi prinsip diri aku ni bukan jenis redah tak tentu pasal, alang-alang dah tempuh, kena la bagi tumpuan baru tau manisnya sesuatu ilmu tu, betul tak?
Hari Pertama : 13/7/2009 ; hari ni adalah hari mengkonformkan diri untuk menghadiri kursus, ada la sesi sual kenal.. ada yang dah jadi kontraktor pun hadiri kursus ni, dan ada yag belum macam aku dan juga beberapa kawan yang sebaya dengan aku, hari aku cuma diajar tentang memulakan rankaian bisnes, istilah "cable" sering digunakan oleh penceramah kami,(cik Apili).
Masuk hari kedua, pegawai dari mara datang, memberitahu kami tentang cara-cara memperolehi pinjaman dari mara bagi menjalankan projek, tapi aku asyik tertido je.. haha
masuk je hari ketiga, kursus semakin rancak, penceramah mengajar kami tentang cara-cara merancang dan menyiapkan sesuatu projek, termasuk kos barang, buruh dan jentera, rupanya nak jadi kontraktor ni x da la susah, cuma kena pandai menggabungkan 3 faktor tadi ja.
masuk la plak hari terakhir, kami diajar tentang belanjawan syarikat, termasuk,kunci kira-kira syrikat, untung rugi syarikat dan sebagainya, x tidur aku.. seronok mengira ni.. haha
dan pada petang, kami ada ujian sikit, dan diberi sijil penyertaan termasuk mata ccd,
pada petang tersebut kami bersalam-salaman dan bertukar no h/p bagi membina "cable" diantara kami..haha
sekian dulu untuk cita ni

Wednesday 8 July 2009

Majlis Perkahwinan Sdr Soleh Razak



Pada Hari Sabtu Bertarikh 4.7.2009 Saudara Soleh Abdul Razak Selamat Melangsungkan perkahwinannya..Ha.. Susah la tulis macm pemberita.. Jenuh Susun ayay.. Haha
Korang yang belajar Kat derang mesti ingat dia ni kan? Hampir jadi Aktiviti Budak Seangkatan Dengan aku ni p rumah dia.. Satunya sebab rumah diani kat Sg Dua.


Tepi Sebelah kiri 2 Helmi anak ust Sobri, Tengah 2 Soleh, Yang Kanan Org dah ada pengalaman bernikah abg hamzan kitaorg panggil, nama penuh dia Abdul Hamzan Kot.. Haha

Ni hantaran belah perempuan..xsempay aku nak cek apa yang dia bg kt suami dia..
Tp., Penting ka hantaran ni?? lu pk la sendiri..


Amboi..jalan tunduk malu konon..sepatutnya bangga la.. haha org couple selamber je bwk anak dara org kulu-kilih, ni dh jd isteri..
kena selamber lg pada diorang..hehe

Ha, hbs akad nikah baru lah bleh duk rapat, Klu x haram.. tp ramai yang buat nape..?
nanti kita bincang sama-sama.. Aku ada pendapat sikit tentang isu ni..



Tgk..pengan tangan, cium, dah boleh dah.. dulu sebelum nikah ditegah..
Ada org tny, Knp POWER sgt Perkataan ni"aku Terima Nikahnya"
dengan perkataan ni je dapat buat benda yang diharamkan sebelumnya..
ajaib bukan..?

Cincin ali baba Je kot.. haha.. 2 xnampak bersinar..
btul ka kta ni kena perabis byk wang ringgit un tuk melaksanakan perkahwinan?
Nabi muhmmad s.aw pun menyuruh bersederhana dalam melakukan
sesuatu perkerjaan..btul x? Jadi penting ke buat kenduri dan berbelanja sampai
kita berhutang..? Rupanya islam ni mudah.. tapi adat yang menyusahkan..


Selamat Sudah Mereka menyarungkan cincin ke jari masing-masing sebagai simbolik kepada ikatan.. konfiusnye, btul ke kena sarung cincin? klu x? mcm mn?


Islam pun menganjurkan supaya kita memilih pasangan yang ada agama, keturunan,
dan paras rupa..nampaknya kawan kita ni dh cari pasanagn yang cukup kehendak islam
p/s : Apa apa pun..selaku kawan-kawan, kita harus bantu kawan kita yang baru je kawin ni..
tau x knp? diorang ni baru mendirikan rumah tangga.. jadi pendapatan yang selalu disapu
sorang terpaksa dibahagi 2.. nak x nak..klu dpa sesak-sesak.. bantu-bantu la golongan ni..
Golongan macam ni yang patut kita tolong, permudahkan perkahwinan, harap-harap
dapat kurangkan masalah sosial yang melanda hari ini..