Friday 15 November 2013

Hak Asasi Manusia : Bukan Alergi, tapi..



Rasa terpanggil pula untuk memberi sedikit pandangan terhadap artikel yang tulis oleh Norhayati Kaprawi yang disiarkan dalam laman on-line the nut graph.
(http://www.thenutgraph.com/mengapa-sesetengah-orang-Islam-yang-alergi-dengan-hak-asasi-manusia/)

Adakah hak ini mutlak ?
setiap kebebasan harus ada tanggunjawab


Hak asasi manusia bukanlah suatu istilah yang alergi sebagaimana yang didakwa tetapi yang menjadi permasalahan ialah bagaimana tafsiran terhadap perkataan hak asasi manusia itu dibuat atau kata lainnya bagaimana hak manusia ditafsirkan.

Pada pendapat saya, sebelum mendakwa mana-mana pihak alergi atau tidak seharusnya kita lihat Isu Comango dan UPR yang hangat diperkatakan baru-baru, laporan  berkenaan apa yang diperjuangkan dan/atau dilaporkan yang kini telah menjadi salah satu dokumen rasmi UN wajar kita lihat.

Comango adalah singkatan kepada pakatan NGO-NGO di Malaysia yang telah menyediakan laporan bagi semakan berkala sejagat yang telah berlangsung di Geneva pada 24 Oktober baru-baru ini, fokus kumpulan ini adalah untuk menaik taraf hak asasi di Malaysia.

Jika saya tidak silap, terdapat 5-6 perkara yang dipertikaikan oleh sebahagian NGO Islam telah membentuk satu pakatan yang dinamakan Muslimupro terhadap laporan yang dikemukakan, perkara ini membawa maksud bahawa selain daripada 5-6 perkara tersebut tidak dibantah oleh NGO ini.

Antara isu-isu yang menjadi kerisauan NGO Islam ini adalah perenggan-perenggan sebagaimana berikut yang terkandung dalam laporan tersebut
Stakeholder Report On Malaysia For the 17th Session in the 2nd cycle of the HRC’S Universal Periodic Review in 2013 prepared by COMANGO-:

Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).

“1. Scope of international Obligation

Malaysia has acceded to only 3 of the core human right treaties : CEDAW, CRC and CPRD and 2 of the optional protocols under CRC.
Recommendations :
1.1 Remove all reservation and declaration on CEDAW,CRC and CRPD.
1.2 Accede to ICCPR,ICESCR,ICERD,CAT,ICRMW,ICPPED, and their optional protocols, the Rome Statut of the international Criminal Court and ratify the 3rd optional protocol to CRC”
Antara unsur yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”

“6.1 SOGI

6.1.1 Malaysia refuses to recognize SOGI right as human right. Lesbians,gays, transgendered, inter-sexed and queer person (LBGTIQ) are vilified,face violence and are subjected to constant harassment by stat and non-state actors alike.

Recommendations

6.4 : Repeal s377A of the Penal Code that criminalises consensual anal and oral sex.

6.5 : The Police, Religious authorities, prosecutors and the judiciary should receive gender sensitisation and human right training.

6.6 : Prosecute offenders who commit violence, especially those committed against the LBQTIQ.

6.7 : Review, amend and repeal laws so that comply with Yogyakarta Principles and other UN convention

6.9 : Undertake a comprehensive study on the positive implication and define a clear distinction between the legal system of civil law and syariah laws


3. Perenggan 6.2 : Berkenaan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu.

“6.2 Racism

Malaysia is a multi-ethnic and multi-religious nation Muslim make up approximately 61% of the Population, and malays make around 55%. Article 160(2) of the FC defines ‘malay’ as being muslim. Malay have special privileges under article 153 of the FC. This intertwining of the race and religion has proven to be a powerful political tool for those who want to stay in power, or to get in power. Many action and speeches of state and non-state actors violate Article 8(2) of the FC which states that shall be no discrimination on the ground of race. I here does not appear to be any efforts by the government to speedily eliminate racial discrimination in all forms and manifestations …
Recommendations :

6.8 Ratify ICERD, and provide the institutional legal framework for adopting international obligations into domestic law.”

3.1. Pematuhan terhadap International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination ( ICERD) ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

9.1 Right to Privacy :

Under the various Syariah Criminal Offences Enaments, the stat has the authority to conduct moral policing, including khalwat (close proximinity0 raids, Such raids are often subject to abuse by religious enforcement authorities, and such invasions of privacy have, in some instances, resulted in fatal outcomes.

Recommendations:
9.5 : Repeal or amend the syariah criminal offences act and enactment that deny the right to privacy, and the provisions that overlap with federal crime e.g. on indecency

“10.1 Freedom of Religion State and non-state actors, especially Malay supremacists, use religion and race to further their cause. This result in the stifling of the inter- and intra-religious freedom in Malaysia.
10.1.1 The Catholic weekly, The Herald was prohibited from using the word “Allah” by the Ministry of Home Affairs, but the high court quashed the minister’s decision”

10.1.9 The Malay translation of Allah, Liberty & Love was banned by the home minister Religious officials arrested a Muslim book store manager and a Muslim director of publishing house for distributing a publication contrary to Syariah law. Both have now been charged in syariah Court

10.1.11 A Hindu husband converted to Islam and converted their infant children to Islam without his wife’s knowledge or consent. The religious authorities insist that father had the right to convert the children unilaterally to Islam

10.4.5 The Police banned the activities of Seksualiti Merdeka (SM) on 3 November 2011. They also questioned and recorded statements from individuals that deem linked to SM, annual event that sought to educate Malaysians on SOGI rights
Recommendations:

10.5 Accede to ICERD. Review, amend and repeals laws and policies so that they comply with ICERD

10.6 Enact laws, make policies and take administrative steps so that children are not converted to Islam without the consent of both parents.

10.8 Repeal PAA, Printing Presses and Publications Act, Sedition Act, Official Secrets Act …”

Perenggan-perenggan yang dinyatakan adalah perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut. Persoalannya, adakah menjadi satu kesalahan bagi umat Islam yang merasa sesuatu perkara itu bertentangan dengan undang-undang dan hukum syarak menzahirkan kerisauan nya ? atau orang Islam ini telah dinafikan hak nya untuk memperjuangkan apa yang dipercayai? apakah kebebasan bersuara yang menjadi satu hak asasi manusia ini hanya eksklusif pada golongan tertentu ?

Tidak dinafikan, bahawa hak asasi manusia itu ada asasnya di dalam Islam tetapi pendefinisian yang Islam bawa adalah hak manusia itu tidak mutlak dan ada batasnya.

Hak-hak seperti hak untuk bergerak, hak untuk mendapatkan tempat tinggal yang dinyatakan adalah tidak dinafikan sebaliknya saya secara peribadi menyokong hak asasi yang dinyatakan itu atas prinsip selagi perkara itu tidak bertentangan dengan Islam.

Yang menjadi persoalannya adalah pada 5-6 perkara saja, dan tidak perlu diperbahasakan sama ada hak asasi manusia dianggap alergi atau tidak. Nyatakan pendirian atau pendapat perkara-perkara yang telah dibangkitkan, kerana pada pendapat mereka perkara tersebut telah bertentangan dengan Islam dan juga tidak mempunyai keabsahannya di dalam undang-undang.

Fokus perbahasan atau pertikaian yang ada adalah sama ada Islam dan undang-undang mengiktiraf atau tidak 5-6 perkara yang telah dinyatakan di atas, pada pandangan penulis, adakah hak-hak tersebut diiktiraf oleh agama atau sebaliknya ?

ISLAM DAN HAK PRIVASI
Riwayat Omar yang dimasukkan dalam penulisan tersebut turut diragui taraf kesahihannya, keraguan terhadap hadis ini telah pun difatwakan :

هذه القصة لا تثبت كما افتت بذلك اللجنة الدائمة وإليك نص هذه الفتوى :
السؤال الثاني من الفتوى رقم ( 7066 )
س2 : هل صحيح ما يروى عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه ، من أنه ذات مرة قفز جدران أحد المنازل ، ثم وجد بداخله أناسا يشربون الخمر ، فقالوا له : نحن ارتكبنا إثما واحدا ، وأنت ارتكبت ثلاثة : لم تستأذن ، ولم تأتنا من الباب ، وتجسست علينا؟
ج2 : لم تثبت هذه القصة لدينا بعد تتبع ما كتب عن عمر رضي الله عنه في كتب التاريخ والتراجم ، ثم هي لا تتناسب مع خلق عمر وسيرته ، ويبعد أن يجرؤ عليه أمثال هؤلاء وهم مرتكبون لجريمة شرب الخمر ، بل المعهود أنهم يخجلون ، ويصيبهم الخزي ؛ لمكانهم من الجريمة ، ولما لعمر رضي الله عنه من المهابة .
وبالله التوفيق ، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم .
اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء
عضو ... عضو ... نائب الرئيس ... الرئيس
عبد الله بن قعود ... عبد الله بن غديان ... عبد الرزاق عفيفي ... عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Sekiranya, hadis tersebut turut diragui kesahihannya adakah boleh dijadikan sandaran untuk berhujah ? kemungkinan juga hadis ini ada riwayat lain yang sahih yang pernah dibaca, tetapi adalah satu penghujahan yang tempang sekiranya orang yang tidak bersetuju dengan hadis ini terpaksa menerima hujah ini tanpa dibuktikan dahulu kesahihannya.

Buktikan terlebih dahulu ada dalil yang lain, atau buktikan terlebih dahulu hadis ini sah sebelum untuk kita bersetuju.

Penulis juga menyentuh tentang tindakan penguat kuasa agama yang kononnya sengaja mencari-cari kesalahan, hujah yang digunakan adalah ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran telah melarang perbuatan tersebut.

Pada yang sama ada Hadis yang menyentuh tentang pentingnya seseorang hamba mencegah kemungkaran, sabda Nabi
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Sekiranya seseorang Muslim yang telah diberi kuasa kepadanya oleh Pemerintah untuk mencegah kemungkaran, adakah masih lagi menjadi satu kesalahan apabila beliau menunaikan tanggungjawabnya ?


Bagaimana pula dalam konsep amanah ? tanggungjawab dan lain-lain ? kenapa di dalam hadis tersebut membezakan kategori-kategori manusia ? secara zahirnya hadis tersebut menjadi hujah bahawa perbuatan mencegah kemungkaran adalah menjadi kewajipan setiap manusia dan berbeza cara dan had yang dibenarkan oleh agama untuk membuat pencegahan tersebut. Bukankah seharusnya hadis dan Al-quran saling memerlukan di antara satu sama lain bagi membuat analisa yang adil ?


Saya tinggalkan soalan-soalan itu kepada penulis. Saya menunggu jawapan.