KES
JENAYAH : PERSETUBUHAN LUAR NIKAH
PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 25(1) ENAKMEN JANAYAH SYARIAH SELANGOR 1995 TERHADAP KACHAK DAN CHANTEK
PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 25(1) ENAKMEN JANAYAH SYARIAH SELANGOR 1995 TERHADAP KACHAK DAN CHANTEK
PENDAKWA
SYARIE
LAWAN
KACHAK …OKT1
CHANTEK …OKT2
KACHAK …OKT1
CHANTEK …OKT2
KEPUTUSAN MAHKAMAH
[1] Menurut apa yang telah diputuskan oleh Hakim bicara terhadap Kachak
dan Chantek, kedua-duanya didapati
bersalah dan telah disabitkan atas kealahan jenayah syariah di bawah seksyen
25(1)Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu persetubuhan
luar nikah yang di lakukan di premis Jahanam Bangsat Motel dengan dijatuhi
hukuman denda sebanyak tiga ribu ringgit dan penjara satu bulan.
[2] Sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 25 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 bahawa
“Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang
bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan
atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.”
[3] Hakim bicara dalam memutuskan kes Kachak
dan Chantek telah dijatuhkan hukuman dengan kombinasi di antara bayaran denda
dan juga penjara selama satu bulan seperti mana yang telah diperuntukkan dalam
seksyen tersebut.
[4] Saya mendapati hakim telah menjatuhkan
hukuman seperti mana yang telah diperuntukkan ke atas kachak, walau
bagaimanapun saya mendapati bahawa pertuduhan yang dikenakan keatas chantek adalah
tidak selari seperti mana yang telah digariskan di dalam enakmen kesalahan
jenayah tersebut.
[5] Sewajarnya pertuduhan ke atas chantek dilakukan di bawah seksyen 25(2) Enakmen kesalahan jenayah syariah Selangor 1995 bahawa Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
[5] Sewajarnya pertuduhan ke atas chantek dilakukan di bawah seksyen 25(2) Enakmen kesalahan jenayah syariah Selangor 1995 bahawa Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
[6] Walau bagaimanapun, Seksyen 207(a) Enakmen
tatacara Jenayah Syariah 2003 telah menerangkan dengan jelas Tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini, tiada
dapatan, hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh suatu Mahkamah
yang mempunyai bidang kuasa kompeten boleh diakaskan atau diubah oleh sebab—
(a) apa-apa kesilapan, peninggalan atau ketakteraturan dalam aduan,
saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau prosiding lain sebelum atau semasa
perbicaraan di bawah Enakmen ini;
[7] Saya berpandangan bahawa mana-mana orang
didakwa atas pertuduhan yang salah sekalipun didapati bersalah adalah tidak tepat.
Kerana sesuatu hukuman itu seharusnya didasarkan kepada pertuduhan yang sewajarnya
tanpa sebarang ketakaturan kerana menuduh seseorang terhadap perlakuan
mana-mana jenayah harus dinyatakan dengan jelas supaya tertuduh memahami dengan
sebaiknya pertuduhan yang dibuat terhadapnya.
[8] seksyen 207 (c ) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah Selangor 2003 menyatakan bahawa (c) penerimaan atau
penolakan tak wajar apa-apa keterangan, melainkan jika kesilapan, peninggalan,
penerimaan atau penolakan tak wajar keterangan, ketakteraturan, ketiadaan
keizinan atau salah arahan itu telah menyebabkan kegagalan peradilan.
[9] Saya berpandangan kesilapan yang ada
dalam pertuduhan adalah ciri-ciri yang boleh menyebabkan kegagalan dalam
peradilan dan boleh membuka ruang kepada pendakwa-pendakwa syarie terkemudian
daripada ini membuat kesilapan dan kemudiannya mendakwa kesilapan tersebut
adalah dari sudut teknikal sahaja dan menyebabkan mereka tidak berhati-hati dan
peka dalam membuat pertuduhan, seharusnya di dalam kes-kes yang melibatkan
jenayah harus diteliti dengan sebaiknya agar keadilan dan kesaksamaan di dalam
islam itu dapat dizahirkan di mahkamah syariah.
HUKUMAN KESLAHAN TERSEBUT
MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG HUDUD
[10] Menurut perspektif Undang-Undang Hudud,
dapat dinyatakan bahawa kesalahan yang telah dilakukan oleh kachak dan chantek
adalah kesalahan Zina iaitu persetubuhan di antara lelaki dan perempuan yang
jika didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman 100 kali sebatan bagi penzina
yang belum berkahwin dan hukuman rejam bagi mereka yang telah berkahwin.
[11] Kesalahan dan Hukuman-Hukuman tersebut
telah diperoleh berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan juga Al-Sunah.
Firman Allah Swt di dalam Surah
An-Nur ayat ke-2 :
“
Perempuan yang berzina dan
lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya
seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan
terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
[12] Dan sabda baginda dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan bahawa
“عن
أبي
هريرة رضي الله عنه أنه قال { أتى رجل من المسلمين رسول الله صلى الله عليه وسلم - وهو في المسجد -
فناداه : يا رسول الله ، إني زنيت ، فأعرض عنه . فتنحى تلقاء وجهه فقال : يا رسول
الله ، إني زنيت ، فأعرض عنه ، حتى ثنى ذلك عليه أربع مرات . فلما شهد على نفسه أربع شهادات : دعاه رسول الله ، فقال : أبك جنون ؟
قال : لا . قال : فهل أحصنت ؟ قال : نعم . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
اذهبوا به فارجموه “}
Maksudnya : Daripada Abu
Hurairah –Semoga Allah meredhoinya- telah berkata bahawa telah datang seorang
lelaki dari kalangan orang Islam kepada rasulullah dan pada ketika itu Rasulullah
berada di dalam Masjid, maka lelaki tersebut telah berkata kepada Rasulullah :
Ya Rasulullah, Sesungguhnya aku telah berzina. Lalu rasulullah pun berpaling
daripadanya. Kemudian lelaki tersebut mengadap wajah baginda kembali dan
berkata sesungguhnya aku telah berzina, Lalu Rasulullah turut berpaling
sehinggalah berulang-ulang sebanyak 4kali kejadian tersebut. Setelah lelaki
tersebut mengaku sebanyak empat kali, lalu rasulullah pun memanggilnya dan
berkata adakah kamu gila lelaki tersebut menjawab tidak dan adakah kamu telah
berkahwin seraya menjawab ya, lalu Rasulullah mengarahkan lelaki tersebut
direjam.
[13] Menurut para sarjana Islam dalil-dalil
yang dinyatakan ini adalah menjadi sumber autoriti yang utama terhadap
kesalahan zina berserta dengan hukumannya.
[14] Sekiranya kachak dan chantek didapati
melakukan kesalahan ini maka, hukuman yang setimpal adalah seperti mana yang
telah diterangkan terdahulu daripada ini.
[15] Namun, seperti sedia maklum bahawa
terdapat batasan yang membataskan undang-undang syariah di Malaysia yang telah
menyatakan dengan jelas sekalipun berbidang kuasa terhadap semua kesalahan
syariah hukuman yang boleh dikenakan adalah 3,5,6 dan tidak lebih dari itu. Seksyen
2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 telah
menjelaskan bahawa
“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan
sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi
bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan
dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi
Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah
dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap
rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang
boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.”
[16] Menurut Islam, sekiranya pemerintah telah
membataskan bidang kuasa mahkamah dengan batasan tertentu, mahkamah tersebut
hanya akan berbidang kuasa terhadap bidang kuasa yang diperuntukkan sahaja.
[17] Jika mahkamah beranggapan bahawa
penghakiman melebihi batansan tersebut boleh dijatuhkan secara tidak langsung mahkamah
tersebut telah melampaui bidang kuasa yang telah diperuntukkan, dan di dalam kes chantek dan kacahk ini mahkamah
tidak boleh menjatuhkan hukuman sepertimana dana yang diperuntukkan dalam hukum
syarak akibat batasan bidang kuasa yang dikenakan terhadap mahkamah syariah.
RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN
TERSEBUT DI MAHAKAMAH SYARIAH
[18] Dalam kes ini, seperti mana yang saya
jelaskan pada para bahawa Mahkamah Syariah telah dibatasi dengan akta dan mahkamah
tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang diminta oleh
Chantek dan Kacahk.
[19] Tetapi dari sudut lain pula, Rayuan
terhadap kes-kes kesalahan syariah boleh dilakukan. Ia bergantung pada perkara
yang hendak dirayu dan bagi tujuan tersebut penelitian yang teliti harus dibuat
berdasarkan Alasan Penghakiman bagi kes tersebut.
[20] Walau bagaimanapun, saya boleh membuat
andaian di dalam mana-mana kes yang hendak dibuat rayuan terdapat dua sudut
yang saya boleh buat sedikit ulasan.
[21] Sekiranya didapati kes ini diputuskan
berdasarkan dapatan bukti-bukti yang salah yang seterusnya membawa kepada
penghakiman yang salah, maka kita boleh merayu dengan menyatakan alasan-alasan
mengapa kita hendak merayu terhadap keputusan tersebut dalam petisyen rayuan.
[22] Dan sekiranya rayuan yang hendak dibuat
bukan untuk menafikan kesalahan jenayah yang dibuat tetapi untuk meringankan
hukuman maka rayuan juga boleh turut dibuat terhadap penghakiman tersebut.
[23] Terdapat banyak faktor yang boleh
dihujahkan supaya Mahkamah Yang Mulia ini meringankan hukuman yang telah dijatuhkan
sebagai contoh dalam kes ini hukuman penjara selama satu bulan boleh diketepikan
dan denda yang perlu dibayar oleh Chantek dan Kachak boleh dikurangkan.
[24] Antara faktor yang boleh diambil kira oleh
mahkamah seperti kesalahan kali pertama, tanggungjawab terhadap nafkah kepada
keluarga, sudah menyesal dan bertaubat, mengaku bersalah dan lain-lain.
[25] Prosiding rayuan ini adalah sesuatu yang dijamin
di oleh undang-undang seperti mana yang telah dinyatakan di dalam peruntukkan
seksyen 138. Tatacara rayuan. Bahawa
(1) Tertakluk kepada seksyen 136 dan 137, mana-mana
orang yang tidak berpuas hati dengan mana-mana penghakiman, hukuman atau
perintah yang diumumkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu
kes atau perkara jenayah yang kepadanya dia ialah suatu pihak, boleh membuat
rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap penghakiman, hukuman atau
perintah itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau
atas alasan bahawa mana-mana hukuman dikatakan keras berlebih-lebihan atau
dikatakan tak memadai, dengan mengemukakan, dalam masa empat belas hari dari
masa penghakiman, hukuman atau perintah itu dijatuhkan atau dibuat, kepada
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah itu suatu notis rayuan dalam lima
salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
[26] Oleh
yang demikian itu, adalah satu perkara yang tidak mustahil bagi chantek dan
kachak untuk merayu terhadap hukuman yang telah dijatuhkan dalam tempoh masa 14
hari daripada tarikh penghakiman.
Tugasan Subjek Jenayah