KENANGAN MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH 10 TAHUN TERAKHIR
1997 Sekumpulan lima orang pelajar telah diizinkan Allah untuk mengeluarkan sebuah album nasyid dengan nama “Rusydan” dibawah naungan Sony Music.
1998 Rumah kediaman Al-Fadhil Ustaz Niamat Yusof (antara bangunan awal Derang) musnah dijilat api
1999 Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ali Rejab, antara tenaga pengajar yang terawal berkhidmat di Maahad telah kembali ke Rahmatullah
2000 Blok bangunan rumah guru berhampiran masjid telah musnah dalam satu kebakaran
Kelab Kebudayaan Dan kesenian MTID dengan kerjasama Kelab Burdah MTID telah mengabadikan syair-syair islam oleh Dr. Muhd. Iqbal, seorang penyair agung islam India dengan diubah ke dalam bentuk nasyid melalui sebuah album terbitan Khazanah Al-Banjariah dengan diberi nama kumpulan tersebut “M. Iqbal”
Derang sekali lagi ditimpa bencana banjir besar pada akhir tahun ini
2001 Al-Fadhil Ustaz Hassan Bin Ishak telah kembali menemui Tuhan Robbul I’zzati. Beliau merupakan antara tenaga pengajar Maahad
2002 Syeikh Syed Muhammad Alwi Al-Maliki Al-Hasani sekali lagi memilih Derang sebagai tempat ziarahnya
2003 Pengasas Maahad Tarbiah Islamiah Al-Fadhil Ustaz Nikmat Bin Yusuf telah kembali menemui Tuhan Robbul I’zzati.
2004
2005 Jemputan Kumpulan Burdah Maahad Tarbiah Islamiah Ke Majlis Musabaqah Al-Quran Peringkat Antara Bangsa Di PWTC.
2006 Sambutan Jubli Perak Maahad Tarbiah Islamiah
No comments:
Post a Comment