Fakta Kes
Pandangan Fiqh sepintas lalu mengenai Rukun dan Syarat Sah Pernikahan;
Terdapat 5 rukun bagi sahnya pernikahan (Suami ,Isteri,Wali, Saksi, dan Aqad) dan bagi setiap rukun yang ditetapkan hendaklah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi rukun tersebut, contoh seperti kes ini. Rukun asas bagi penikahan adalah Isteri, dan syarat yang perlu ada pada isteri adalah pastikan dia seorang wanita.
Secara zahirnya, setiap perkahwinan yang pasangan(isteri) itu bukan wanita maka pernikahannya tidak sah sama sekali. sekiranya berlaku pasangan wajib dipisahkan
Istilah ilmu Usul (ilmu asas kefahaman fiqh)
Perbezaan antara rukun dan syarat,apa itu rukun ? Rukun merupakan sesesuatu perkara yang tidak dapat dibayangkan kewujudannya kecuali dengan adanya ia dan manakala syarat pula merupakan perkara yang perlu ada bagi setiap rukun untuk memastikan sesuatu rukun itu lengkap sebagai rukun.
Rukun itu lebih umum dari syarat, sebagai contoh salah satu rukun dalam pernikahan adalah isteri, manakala antara syarat yang perlu ada pada rukun tersebut adalah isteri itu pastikan dia seorang perempuan. sekiranya dia bukan perempuan maka terbatallah rukun tersebut.
Rukun itu lebih umum dari syarat, sebagai contoh salah satu rukun dalam pernikahan adalah isteri, manakala antara syarat yang perlu ada pada rukun tersebut adalah isteri itu pastikan dia seorang perempuan. sekiranya dia bukan perempuan maka terbatallah rukun tersebut.
Mahkamah dan Perbicaraan
Bidang kuasa mahkamah : Kes ini merupakan pengendalian mahkamah syariah, ini kerana perkahwinan terikat dengan perundangan negeri.
Jenis kes yang disebut : adalah kes Mal, dan istilah yang digunapakai bagi yang menfailkan tuntutan adalah Plaintif dan yang dituntutkeatasnya di panggil defendan
Jenis kes yang disebut : adalah kes Mal, dan istilah yang digunapakai bagi yang menfailkan tuntutan adalah Plaintif dan yang dituntutkeatasnya di panggil defendan
Tajuk Permohonan ; faraq (batal nikah) kerana isterinya seorang lelaki
Plaintif bernama ; Bahrom Sanugi
Defendan ; Sri Wani Choo Abdullah
Hakim Bertugas ; Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan
Bagaimana pendakwaan ini boleh timbul ?
“Bahrom failkan permohonan faraq (batal nikah) pada 17 Januari 2011 selepas mendapati angka akhir pada sijil lahir Sri Wani bernombor ganjil (bermakna dikhaskan untuk lelaki)" - Sinar Harian
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.
Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.- Sinar Harian
Kaedah dalam kehakiman,
Perlunya bukti bagi sesiapa yang mendakwa atau menuntut pada diri orang lain, kenapa pentingnya bukti ? kerana sabda Baginda S.A.W :
البينة على من ادعى واليمين على من أنكر
"Beban pembuktian kepada siapa yang memdakwa, dan sumpah kepada siapa yang ingkar"
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لو يعطى الناس بدعواهم، لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، لكن البينة على المدعي واليمين على من أنكر
"Jika diberi pada manusia dengan dakwaan-dakwaan mereka nescaya akan mendakwa manusia itu harta sesuatu kaum dan juga darah mereka, akan tetapi bukti itu kepada merekan yang menuduh/menuntut dan sumpah kepada mereka yang ingkar "
Untuk itu, didalam kes ini wajar suami yang datangkan bukti bagi mengesahkan dakwaannya, namun mungkin persoalan timbul, bagaimana suami ingin membuktikan isterinya itu seorang lelaki ? maka sisuami membuat juga permohonan untuk arah isterinya menjalani pemeriksaan pengesahan jantina dan Permohonan dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mahkamah Syariah 1998.
Untuk itu hakim Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak. - Sinar HarianDalam masa yang sama, pihak isteri telah pun melantik peguam untuk menyaman indivudi lain yang didakwa menjatuhkah maruah dan reputasinya
SHAH ALAM – Sri Wani Choo Abdullah nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menjatuhkan maruah dan perniagaannya. Tanpa mendedahkan siapakah orang yang dimaksudkan, katanya, beliau sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan saman RM6 juta.“Buat masa ini, peguam sedang mengumpul maklumat berkaitan hal ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau menegaskan, beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk bertindak berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan video bertujuan merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.- Metro Online
Soalan lain juga mungkin timbul, adakah hal ini kerana wani seorang usahawan yang berjaya ? atau kerana dia seorang muallaf ? atau memang dia sebenarnya seorang perempuan ? namu mengapa suaminya mengambil tempoh yang agak lama untuk menfailkan kes ini ?dan keraguan yang ditimbulkan hanya berdasarkan nombor Mykad yang ganjil ? agak tidak munasabah. namun ini adalah dunia kehakiman dan perundangan. semuanya perlu kepada perbincangan dan pembuktian.
Persoalan-persoalan ini perlukan kepada jawapan, mungkin kepada mereka yang dari bidang syariah boleh mengikuti perkembangan kes ini untuk kita sama-sama belajar tentang kehakiman dan juga perundangan syariah.
Teringat kata-kata dalam satu filem yang melibatkan kehakiman ini, Mahkamah bukannya tempat untuk nyatakan apa yang kamu tahu dan percaya itu benar, tetapi apa yang kamu mampu buktikan dalam mahkamah.
No comments:
Post a Comment