Bermoral dan Tidak Bermoral
Kebelakangan ini saya sering mempersoalkan tindakan kawan-kawan saya, saya nyatakan itu salah dan ini benar. namun yang menjadi persoalan apakah yang menyebabkan saya mampu untuk menjustifikasikan tindakan itu benar atau salah, bermoral atau tidak bermoral. atas asas apa saya menyatakan pendirian saya tersebut. Mungkinkan ia bersandarkan kepada agama yang saya anuti,dari komuniti yang saya hidup, dari bangsa yang saya lahir, dari keturunan saya, dari kawan-kawan saya atau dari 'common sense' yang saya miliki ?
Mungkin perbincangan ini akan menjadi lebih kabur sekiranya saya tidak memberi pendefinasian terhadap persoalan pokok yang saya ingin bawakan.
Morality : is the differentiation of intentions, decisions, and actions between those that are good (or right) and those that are bad (or wrong)
Secara rinkasnya definasi yang ingin dibawa adalah sikap yang menjustifikasikan sesuatu keputusan atau tindakan sebagai baik atau jahat, atau patut atau tidak.
Baru-baru ini saya ada menyatakan pendirian saya terhadap tindakan kawan-kawan saya, menurut apa yang saya rasa, saya rasa perbuatan itu tidak patut. dan tidak patut dilakukan. Setelah beberapa hari meng'google' sumber saya dapati ada beberapa laman web yang membicangkan topik yang sama iaitu soal Moral. antara laman yang saya jumpai adalah ini : (http://mistyhorizon2003.hubpages.com/hub/Can-Anyone-judge-What-is-Morally-Right-or-Wrong).
Perbincangan yang sedikit sebanyak membuka ruang perbincangan. Penulis secara umumnya cuba membawa pembaca kepada soalan yang paling asas iaitu siapa yang mempunyai kuasa atau hak untuk menjustifikasikan tindakan orang ? penulis blog tersebut percaya yang mampu untuk menjustifikasikan tindakan kita bermoral atau tidak adalah common sense kita dengan katanya :

"I found this a question that has preyed on my mind, not least of which because I feel that surely what is 'Good and Evil', seems to me should pretty much based on common sense and a conscience. I can't help wondering if everyone feels the same as I do, which is that surely it doesn't take a spiritual leader or a genius to work out the accepted standard for good and evil, right and wrong and acceptable and unacceptable behaviour."
Penulis cuba membawa membaca untuk menyelami apa yang beliau rasa dalam menjustifikasikan sesuatu tindakan. memandangkan penulis seakan-akan tidak mengganggap hanya agama mempunyai hak untuk menentukan sesuatu itu benar atau salah tetapi dalam masa yang sama mengakui ada perkara yang agama datangkan mempunyai persamaan dengan 'common sense' manusia dan seterusnya percaya manusia punya hak untuk menjustifikasikan tindakan itu salah atau benar.
"So to summarise briefly, I don't think there is anything wrong with being able to say we can judge what is 'Good or Evil', of course we can! God gave us free will apparently, and I am guessing this was a test to see if we could develop enough intelligence to work out for ourselves what 'Good and Evil Behaviour' consisted of, without needing to be spoon fed the common sense required to work it out."
Perbincangan ini secara tidak langsung membawa saya untuk kembali berfikir atas pendirian apa saya mempertikaikan tindakan kawan-kawan saya tempoh hari.
Antara perkara-perkara yang dibangkitkan dalam menjustifikasi tindakan saya menilai perbuatan kawan-kawan saya ada beberapa sebab yang boleh diketengahkan mengapa saya bertindak demikian. antara sebab-sebab yang cuba dibangkitkan adalah : -
1. Berbeza pendidikan yang diterima oleh individu daripada masyarakat, institusi pendidikan keluarga atau Pertubuhan tertentu. ini secara tidak langsung membuat kita kembali memikirkan Surah Hujurat Ayat ke 13. Firman Allah S.w.t :

ini secara tidak langsung memberi saya gambaran bahawa perkara yang saya justifikasikan sebagai salah itu hanya besandarkan kepada keadaan saya dalam memerima pendidikan, yang membuatkan apa yang dilakuakn oleh orang lain berbeza dengan apa yang saya percaya dan amalkan adalah salah dan wajar ditegur. kerana saya percaya ia adalah kesalahan dan secara moralnya perbuatan tersebut tidak bermoral. disini juga boleh saya nyatakan juga pada diri saya tidak wajar untuk saya menghukum orang itu salah atau tidak bermoral hanya disebabkan cara saya dibesarkan.
2. Pendidikan Agama : sebelum saya huraikan lebih panjang ingin saya nyatakan disini perbezaan antara point nombor satu dan dua adalah sumber yang mungkin berubah dan tidak berubah. mungkin sebagai contoh mungkin dalam sesuatu masyarkat satu perbutan itu diterima dalam masyarkat lain tidak diterima. tidak berubah seperti Sumber kepada Agama iaitu Al-Quran dan As-sunnah, apa yang dinyatakan didalam tidak membezakan siapa pada perlaksanaan hukum.
terdapat dua sahaja kemungkinan yang boleh diperbincangkan menurut pendapat saya. Pertama, Tindakan saya menjustifikasi tindakan kawan-kawan saya disebabkan agam yang saya pegang. kawan-kawan saya tidak boleh menuduh agama saya lain berbeza dengan dia (sekiranya dikalangan muslim) kerana kami percaya pada sumber yang sama. maka justifikasi saya terhadap dia adalah berdasarkan Agama yang sama-sama saya dan mereka anuti . Kedua, Tindakan saya itu silap kerana kefahaman saya yang silap terhadapa agama. mungkin disebabkan kegagalan saya dalam memahami suruhan agama. dan disini boleh juga untuk kita katakan mungkin kefahaman kawan-kawan saya lebih benar dari apa yang saya faham, dan tindakan saya menjustifikasikan tindakan mereka adalah sesuatu yang salah kerana fahaman saya yang salah.
3. Bukan dari Agama dan juga bukan dari pendidikan kelompok atau kumpulan tertentu tetapi berasaskan kepada 'common sense' (The Cambridge Dictionary
defines it as, "the basic level of practical knowledge and judgment
that we all need to help us live in a reasonable and safe way") yang kita perolehi sepanjang keberadaan kita diatas muka bumi ini. ini secara tidak langsung memebezakan dengan point pertama dari segi menerima doktrinisasi dari kelompok tertentu.
Perkara ini merupakan perkara nisbah, mungkin dengan kemampuan saya pada hari ini saya menghukum sesuatu tindakan tidak patut dan tidak bermoral mungkin juga saya tidak lagi sampai kepada tahap rakan-rakan saya yang telahpun menjustifikasikan perkara tersebut sebagai satu perkara yang bermoral.
Berikut mungkin merupoakan beberapa sebab yang memberi saya galakkan untuk menjustifikasikan tindakan orang lain.
Dalam meneruskan pembacaan saya dan peng'google'an saya saya dapati ada disana dikalangan ahli falsafah yang pergi jauh dari perbincangan ini, perbincangan mereka lebih kepada akar perbincangan.
Antara Ahli falsafah yang saya sempat kenal adalah (http://en.wikipedia.org/wiki/Immanuel_Kant) yang datang dengan idea menerangkan konsep :-
Categorical Imperative
(Act according to the maxim that you would wish all other rational people to follow, as if it were a universal law.)

Antara contoh yang boleh difahami daripada petikan diatas :
"Kant in his Critique of Practical Reason wanted to find a basis for ethics that would be based on reason and not on a faith in a god or in some cold calculation of utility that might permit people to be used for the benefit of the majority. Kant thought carefully about what it is that all humans would find reasonable as a guide for human conduct. People think it wrong to kill, lie, steal, and break promises. Why is this so. Kant arrives at the idea that humans think these acts wrong because they cannot will that others would do these things because it would mean the end of civilized life, perhaps even the life of the actor contemplating the right way to behave. One can not will that people lie all the time for that would mean the end to human communications if we could not trust what was said to be true most, if not all, of the time. Kant thought that there would be perfect and imperfect duties."
Dan yang kedua adalah (http://en.wikipedia.org/wiki/Jeremy_Bentham)
Utilitarianism
(ethical theory
that regards some acts or types of acts as right or wrong independently
of their consequences)
"In the notion of consequences the Utilitarian includes all of the good and bad produced by the act, whether arising after the act has been performed or during its performance. If the difference in the consequences of alternative acts is not great, some Utilitarians do not regard the choice between them as a moral issue. According to Mill, acts should be classified as morally right or wrong only if the consequences are of such significance that a person would wish to see the agent compelled, not merely persuaded and exhorted, to act in the preferred manner."
Agak susah sebenarnya bagi saya untuk memahami apa yang mereka cuba perdebatkan, tapi secara kasarnya saya rasa mereka cuba untuk menilai bagaimana sesuatuperbuatan itu dijustifikasikan sebagai bermoral atau tidak. bagi Kant dia merasakan perbuatan yang bermoral itu mempunyai pemahaman universal terhadap setiap insan, sekiranya sesuatu perbuatan itu kitak tidak suka dilakukan pada diri kita maka perbuatan itu harus juga tidak sesuai bagi orang lain keranan dianggap tidak bermoaral. manakala bagi Bentham pula menganggap perkara yang bermoral atau tidak dapat dijustifikasikan dengan mengukur kesan daripada setiap tindakan. sekiranya tindakan tersebut membawa kebaikan yang lebih berbanding keburukan maka perkara itu dikira sebagai perbuatan yang bermoral. sekiranya tidak ia adalah tidak bermoral.
Untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut memerlukan saya lebih memahami idea kedua tokoh ini dan tokoh-tokoh yang lain bagi menghuraikan kuasa 'menghukum' itu terletak pada siapa. saya harap sedikit sebanyak membangkitkan persoalan sekitar tajuk oral ini dan boleh cuba mendalami lebih lagi bagaimana justifikasi terhadap satu tidakan itu dibuat.

No comments:
Post a Comment