-gambar hiasan- |
Sememangnya sambutan ramadan diperantaun berbeza sambutanya dengan tanah air sendiri, kemeriahan dan keseronokkannya juga berbeza, tanpa menafikan ditanah air sendiri jauh lebih meriah dan menyeronokkan.
Ramadan kali ini merupakan Ramadan kali yang ke empat saya menyambutnya diperantauan, kali pertama seingat saya pada tahun 2009. Ramadan di Jordan mempunyai keunikkanya yang tersendiri. jika kita lihat ditanah arab ini, mereka menyambut ramadan lebih meriah sambutanya berbanding menyambut satu syawal, berbeza pula dengan suasana kita dimalaysia.
Antara keunikkan yang dapat dirasai apabila berpuasa diperantaun adalah suasana 'ukhwah' sesama rakan-rakan, kerinduan pada keluarga sedikit terubat dengan adanya rakan-rakan yang sering tolong menolong dan berkerjasama dalam apa jua perkara.
Saya ingin berterima kasih dan mengucapkan sekalung tahniah kepada Permai (Persatuan Induk di Irbid, Jordan) yang bertungkus lumus menyediakan Bubur Lambuk bagi santapan berbuka puasa. agihan secara percuma ini sememangnya 'menarik'.
Saya bersyukur kepada Allah kerana menempatkan saya di tempat yang mempunyai sebuah persatuan yang amat mementingkan kebajikan ahli, saya juga bersyukur ditempatkan dikalangan rakan-rakan yang sanggup membantu membanting tulang demi menjayakan program yang telah dirancang oleh persatuan.
عن النعمان بن بشير قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: من لم يشكر القليل لم يشكر الكثير، ومن لم يشكر الناس لم يشكر الله، التحدث بنعمة الله شكر، وتركها كفر. رواه أحمد، وحسنه الألباني
Sabda Nabi Muhammad Selawat dan salam keatasnya : Sesiapa yang tidak bersyukur atas perkara yang sedikit tidak akan bersyukur pada perkara yang banyak, dan barang siapa yang tidak syukur kepada Manusia tidak bersyukur kepada Allah, bercerita tentang nikmat allah itu adalah syukur dan meninggalkannya adalah kufur (mengingkari nikmatnya) Hadis Riwayat Ahmad.
Saya tidak mahu menjadi seorang yang kufur terhadap nikmat yang Allah telah kurniakan, kerana itu saya bersyukur dengan adanya permai dan rakan-rakan. Terima kasih kepad tukang masak bubur, terima kasih kepada mereka yang membungkus bukusan, terima kasih kepada mereka yang mengagihkan bukusan, dan terima kasih kepada semua yang menyumbang.
Semoga segala usaha yang dilakukan oleh Permai dan rakan-rakan dikira sebagai amalan soleh yang memberatkan neraca kebaikan diakhirat kelak.
Terima kasih Permai. saya sayang persatuan.

No comments:
Post a Comment