Thursday 28 July 2011

Hukum mengunakan ubat-ubatan daripada Arak,Lemak Babi dan Najis-najis seumpamanya.

Sumber : 
www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&lang=A&Id=%206104
Hukum mengunakan ubat-ubatan daripada Arak,Babi dan Najis-najis seumpamanya.

Asal penggunaan ubat-ubatan atau rawatan yang terhasil daripada perkara-perkara yang haram adalah dilarang sama sekali, Hal ini kerana adanya Dalil dari hadis Nabi (Selawat dan salam keatasnya) secara umumnya menegah dari perbuatan tersebut.

Sabda Nabi Muhammad (selawat dan salam keatasnya) "Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit berserta ubatnya, dan Dia telah menetapkan bagi setiap penyakit ubatnya, maka janganlah berubat dengan perkara yang haram" (H.R Abu Dawud No3377).
Dan dari Abi Hurairah katanya " Rasullulah (selawat dan salam keatasnya) telah melarang daripada berubat dengan (perkara) yang mudarat. (H.R Imam Ahmad,Abu Dawud dan Tirmizi).

Tetapi, jika dalam situasi Dorurat (boleh menyebabkan kematian) rawatan dan ubat-ubatan dengan perkara yang diharamkan tersebut adalah dibenarkan, berpandukan Ayat Al-Quran 119 Surah Al-An'aam yang bermaksud :
" padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya?"

dalil ini dan juga dalil-dali yang lain seumpama ini menjadi bukti tentang bolehnya mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan yang haram pada ketika yang memudaratkan.

Telah berkata Imam Izzuddin Abd salam dalam kitabnya Qawaid Ahkam " Dibenarkan untuk mendapatkan rawatan daripa benda-benda Najis ketika mana ketiadaan benda suci dan bersih yang sesuai untuk digunakan untuk menggantikan fungsi najis tersebut, ini kerana kemaslahatan menjaga kesihatan dan keselamatan lebih didahulukan berbanding dengan kemaslahatan menjauhi perkara najis.

Dan dikecualikan arak daripada najis tersebut, dalam erti kata lain, dalam apa jua keadaan sekalipun, arak tetap tidak dibenarkan sekalipun untuk tujuan perubatan. Kerana terdapat hadis nabi yang jelas menekan tentang pengharaman arak. Sabda Nabi (selawat dan salam keatasnya) "Sesungguhnya arak itu bukanlah penawar, akan tetapi ia adalah penyakit" (H.R Muslim)

Kata Sheikh ibnu Taimiah : Qiaskan penggunaan arak untuk tujuan perubatan seperti mana diqiaskan boleh penggunann babi untuk tujuan perubatan adalah tidak wajar sama sekali.

Kata Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmuk : Apabila seseorang itu terpaksa meminum darah, atau air kencing atau selain daripa keduanya daripada perkara-perkara najis yang lain (yang berbentuk cecair yang tidak memabukkan) Hukumnya adalah Dibenarkan tanpa ada perselisihan (pendapat).

Dan katanya lagi, sesungguhnya hanya dibenarkan berubat dengan rawatan dan ubat-ubatan yang najis itu ketika mana ketiadaan perkara yang bersih yang boleh berfungi seperti najis tersebut, sekiranya terdapat rawatan dan ubat-ubatan yang boleh menggantikan fungsi najis tersebut maka penggunaan najis ketika itu adalah dilarang sama sekali tanpa khilaf, dan jika diperhatikan hadis nabi " sesungguhnya allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada perkara-perkara yang haram" adalah tertakluk ketika adanya benda bersih dan suci,jika ada yang suci yang najisnya menjadi haram, dan sekiranya tiada benda yang suci dan bersih penggunan najis tadi adalah dibenarkan.

kesimpulannya

Tidak dibenarkan untuk berubat dengan Lemak babi seperti mana tidak dibenarkan berubat dengan bahagian-bahagian yang lain yang diambil daripada binatang tersebut, kerana najis babi itu adalah pada zatnya. Dan setiap apa yang keluar daripada babi adalah Haram.

Kecuali sekiranya terdapat kes-kes yang mudorat (jika tidak dirawat boleh membawa maut) dibenarkan untuk menggunakan benda-benda yang najis kecuali arak, dengan syarat tidak ada ubat-ubatan suci yang lain yang dapat mengganti fungsi najis tersebut, dan pastikan perkara ini disahkan oleh pakar perubatan yang boleh dipercayai.

Wallahu a'lam.






2 comments:

  1. Saya mengalami retak di bahagian keting . Saya berjumpa perubatan cina utk sembuh . Kaki saya berbalut arak . Tujuan utk menyembuhkan kaki saya . Apa hukum utk ini ? . Jika salah , Apa tindakan yang perlu saya buat

    ReplyDelete