Wednesday 21 March 2012

'pillow talk' bersama Dr Asyraf

Setiap hari selasa merupakan hari motivasi yang bermakna, Dr Asyraf Bani Kinanah bagaikan ayah yang menasihati anaknya. Terasa hubungan ini makin rapat dan erat.

"Bukan hanya ilmu, bukan hanya akhlak, bukan hanya peribadi yang menjadikan seseorang itu hebat, bahkan kesemua sudut jika digabungkan barulah seseorang itu hebat"

"Sekalipun kebenaran dipihak kamu, tetapi kamu lemah untuk menyampaikannya sedikit pun tidak menguntungkan dan ramai yang menolak, maka kamu gagal, kerana kebenaran itu sifatnya diterima"

"Pastikan diri kamu diterima masyarakat, sebelum kamu menegur mereka. apakah kamu menyangka amalan 50 tahun yang telah mereka amalkan akan ditinggalkan dengan hanya kamu kata perbuatan itu bidaah ?"

"Aku tidak mahu orang yang berpegang pada manhaj salafi seperti aku, berpakaian seperti aku, bahkan aku mahu lihat kepelbagaian, ada yang berniaga, jurutera, dan sebagainya, bukan syarat pakaian aku ini, setiap orang pelu berpakaian mengikut kesesuaian pekerjaan mereka, dengan kepelbagaian ini kita mampu masuk dalam masyarakat"

Sedikit perkongsian dari Dr Asyraf Bani Kinanah yang aku dapat semasa 'Pillowtalk' yang menggantikan kelas Risalah Imam Syafie sebentar tadi.

*Setiap Hari Selasa, ada pengajian dirumah beliau, jika ada yang berminat, insyallah kita boleh pergi bersama.

(coretan di wall fb pada minggu lepas, malam tadi terpaksa ponteng untuk wacana perdana)

Tuesday 20 March 2012

Nasihat hari ini

Semalam, tamat sudah 'parlimen' irbid. agak menarik sebenarnya. parlimen yang mahasiswa disini namakan adalah open talk. fikrahnya mudah, tajuk akan dipilih bagi setiap kali perjumpaan yang terbuka kepada semua mahasiswa di irbid ini yang bernaung bawah persatuan (Permai).
Open Talk edisi Road To Wacana "Kumbang dan Bunga : Madu atau Racun Berbisa"

tajuk agak menarik bukan ? yang dikupaspun tidak lari dari tajuk yang diberi. moral,toleransi dan kemahiran berkomunikasi antara lain jantina dikonggsikan bersama. memang open talk ini tiada natijah, tetapi ia merupakan usaha untuk mencari natijah. bukan senang nak duduk bersama merungkaikan isu dan bertukar pandangan bukan ? aku nampak usaha ini amat baik dan melatih mahasiswa untuk mahir bercakap dan komunikasi dalam tempat terbuka. aku pun tak ketinggalan la ambil pelung untuk teru mengasah kemahiran ini.


tambahan pula, hari ini Dr Abdullah Rababaah dikuliah syariah  turut kongsikan masalah yang lebih kurang sama soal tolenransi dan moral yang kurang di dalam kehidupan, sempat juga aku qoute beberapa kata darinya ;
  • tidak mahir melembutkan bahasa menyebatkan salah faham berlaku
  • terkadang kita cepat menghukum, bila orang menyatakan dia tidak berminat belajar syariah kita terus cakap ini penghinaan terhadap agama, sedangkan manusia ada keinginan dan kehendak masing-masing.
  • seseorang berkahwin dengan niat kahwin sementara disebabkan hal keadaan tertentu, dan ingin berniat untuk menceraikan perempuan tersebut setelah tamat hal keadaan tersebut, memang dari akadnya itu sahih secara zahirnya kerana ia bukan mutaah ataupun nikah sementara yang berwaktu, namu dari segi moralnya mana perasaan kamu ? mana rasa tanggungjawab kamu ? setelah kamu dapat apa yang kamu hajati kamu ceraikan dia ? bagaimana emosi dia ?
  • antara salah faham yang mungkin juga berlaku adalah kerana tidak tepat dalam menyebarkan maklumat, untuk itu saya sering berkata; cerita apa yang kamu dengar dan bukan cerita apa yang kamu faham, kerana ini mencacatkan ketulenan maklumat.
 Banyak sungguh mutiara kata untuk aku muhasabah, terkadang soal emosi,toleransi, dan kemahiran untuk berkomunikasi sering diabaikan, alhamdullih kesedaran mula timbul untuk kita terus berubah bukan ? harap-harap masyarakat terus memberi peluang kepada individu lain untuk belajar cara komunikasi yang betul, saya akui terkadang kesilapan itu hasil dari tindakan indivdu tersebut, namun yang menjadi lebih silap jika kesalah tersebut tidak diperbaiki, kan ?

Wednesday 14 March 2012

Bila dalil di asingkan dari feqah

Dewasa kini kita melihat perkembangan ilmu feqah semakin mendapat tempat dihati masyarakat khusunya di Malaysia, Masyarakat mula menerima feqah itu bukan sekadar ibadah bahkan meliputi segala aspek yang melibatkan perilaku manusia, tidak kira sama ada dalam arena politik, perbankan, atau bidang-bidang yang lain kesemuanya dibincangkan dalam kerangka feqah.

Walaupun begitu, masih ramai lagi yang jahil dan tidak mengerti bagaimana ilmu feqah bertindak dalam kehidupan, masih ada juga masyarakat yang memikirkan ilmu feqah itu hanya ibadah iaitu solat,puasa, haji, zakat dan sebagainya. sedangkan feqah itu seperti yang dijenamakan oleh para ilmuan Islam merupakan ilmu yang mengkaji hukum setiap tindakan dan perilaku manusia diatas muka bumi ini yang diperolehi daripada daripada dalil-dalil yang tersedia.

jika diperhatikan, para ilmuan menegaskan bahawa ilmu feqah ini tidak dapat lari dari dalil iaitu sumber kepada hukum, misalnya jika sesuatu perbuatan itu tidak boleh ada sumber yang menjelaskan mengatakan itu tidak boleh, dan begitu juga sebaliknya. para ilmuan Islam dalam meringkaskan perbincangan feqah yang luas ini telah menyimpulkan dua kaedah yang mudah untuk difahami oleh kebanyakkan orang.

Kaedah yang pertama : setiap perkara yang melibatkan penyembahan dan pengabdian diri kita kepada Allah yang bersifat ritual tidak boleh sama sekali lengang dari sebarang dalil, dalam erti kata yang lain setiap perbuatan ibadah ritual memerlukan sumber yang mengatakan perbuatan itu Ibadah.

Kaedah yang kedua : Setiap perkara yang melibatkan hubungan manusia sesama manusia atau alam semesta bersifat boleh yakni dibenarkan pada asalnya sehingga terdapat dalil-dalil yang menegah daripada perbuatan tersebut. dan dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang melibatkan perilaku manusia dijelaskan secara terperinci dan tidak boleh sama sekali kita menafikannya. bahkan, pada kaedah ini ilmuan islam ada menyebut hubungan insan sesama insan ini hanya perlu meraiekan konsep-konsep yang umum bagi menjaga kemaslahatan sejagat

jika diperhatikan keduanya, Hubungan antara Insan dan tuhannya di'beku'kan dan dihalang daripada sebarang pembaharuan, manakala hubungan sesama insan diberikan kelonggaran yang penuh untuk mentadbir urus urusan mereka, agama cuma memberi panduan-panduan yang perlu diikuti dalam menyusun hal mereka.

walaupun yang demikian, amat malang sekali pembelajaran Feqah khususnya bagi masyarakat dimalaysia di sesetengah tempat tidak mementingkan dalil ini, dan natijahnya menghasilkan penganut agama yang jahil sumber amalan ritual seharian mereka. begitu juga tidak dinafikan tentang kelemahan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat dari sudut hubungan sesama manusia, ada yang terlampau mendokong 'asalnya boleh' sehingga terkeluar dari kerangka syara' dan ada juga yang bersifat 'asalnya tidak boleh' menyebabkan urusan manusia terbantut dari sebarang inovasi.

hal ini perlu diberi pendakatan yang serius dari semua pihak, penekanan terhadap aspek dalil sebagai sumber agama perlu diperhebatkan pada semua peringkat, agar penganut agama islam lebih peka dan a'rif mengenai hal ehwal agama mereka.