Wednesday 14 March 2012

Bila dalil di asingkan dari feqah

Dewasa kini kita melihat perkembangan ilmu feqah semakin mendapat tempat dihati masyarakat khusunya di Malaysia, Masyarakat mula menerima feqah itu bukan sekadar ibadah bahkan meliputi segala aspek yang melibatkan perilaku manusia, tidak kira sama ada dalam arena politik, perbankan, atau bidang-bidang yang lain kesemuanya dibincangkan dalam kerangka feqah.

Walaupun begitu, masih ramai lagi yang jahil dan tidak mengerti bagaimana ilmu feqah bertindak dalam kehidupan, masih ada juga masyarakat yang memikirkan ilmu feqah itu hanya ibadah iaitu solat,puasa, haji, zakat dan sebagainya. sedangkan feqah itu seperti yang dijenamakan oleh para ilmuan Islam merupakan ilmu yang mengkaji hukum setiap tindakan dan perilaku manusia diatas muka bumi ini yang diperolehi daripada daripada dalil-dalil yang tersedia.

jika diperhatikan, para ilmuan menegaskan bahawa ilmu feqah ini tidak dapat lari dari dalil iaitu sumber kepada hukum, misalnya jika sesuatu perbuatan itu tidak boleh ada sumber yang menjelaskan mengatakan itu tidak boleh, dan begitu juga sebaliknya. para ilmuan Islam dalam meringkaskan perbincangan feqah yang luas ini telah menyimpulkan dua kaedah yang mudah untuk difahami oleh kebanyakkan orang.

Kaedah yang pertama : setiap perkara yang melibatkan penyembahan dan pengabdian diri kita kepada Allah yang bersifat ritual tidak boleh sama sekali lengang dari sebarang dalil, dalam erti kata yang lain setiap perbuatan ibadah ritual memerlukan sumber yang mengatakan perbuatan itu Ibadah.

Kaedah yang kedua : Setiap perkara yang melibatkan hubungan manusia sesama manusia atau alam semesta bersifat boleh yakni dibenarkan pada asalnya sehingga terdapat dalil-dalil yang menegah daripada perbuatan tersebut. dan dalam masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang melibatkan perilaku manusia dijelaskan secara terperinci dan tidak boleh sama sekali kita menafikannya. bahkan, pada kaedah ini ilmuan islam ada menyebut hubungan insan sesama insan ini hanya perlu meraiekan konsep-konsep yang umum bagi menjaga kemaslahatan sejagat

jika diperhatikan keduanya, Hubungan antara Insan dan tuhannya di'beku'kan dan dihalang daripada sebarang pembaharuan, manakala hubungan sesama insan diberikan kelonggaran yang penuh untuk mentadbir urus urusan mereka, agama cuma memberi panduan-panduan yang perlu diikuti dalam menyusun hal mereka.

walaupun yang demikian, amat malang sekali pembelajaran Feqah khususnya bagi masyarakat dimalaysia di sesetengah tempat tidak mementingkan dalil ini, dan natijahnya menghasilkan penganut agama yang jahil sumber amalan ritual seharian mereka. begitu juga tidak dinafikan tentang kelemahan dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat dari sudut hubungan sesama manusia, ada yang terlampau mendokong 'asalnya boleh' sehingga terkeluar dari kerangka syara' dan ada juga yang bersifat 'asalnya tidak boleh' menyebabkan urusan manusia terbantut dari sebarang inovasi.

hal ini perlu diberi pendakatan yang serius dari semua pihak, penekanan terhadap aspek dalil sebagai sumber agama perlu diperhebatkan pada semua peringkat, agar penganut agama islam lebih peka dan a'rif mengenai hal ehwal agama mereka.

No comments:

Post a Comment