Sunday 8 July 2012

Diskusi Medico Fiqh 4 Dummies


Hukum Feqah berdasarkan profesion perubatan


terdapat 5 perkara merangkumi perkara ini;

  • Pengenalan terhadap perubatan dan feqah.
  • Pengamal perubatan
  • Pesakit
  • Cara rawatan.
  • Ubat-ubatan.

Perincian terhadap setiap perkara diatas.

Pengenalan terhadap dunia perubatan dan feqah secara umum

  1. Apa itu perubatan, perkembangan perubatan, kajian yang dilakukan terhadap dunia perubatan, serta pencapain semasa terhadap perubatan.
  2. Apa itu feqah, perkembangan feqah, kajian yang ada didalam ilmu feqah, sumber rujukan feqah, rujukan feqah semasa
  3. pengenalan terhadap ilmu usul feqah, maqasid syariah, kaedah-kaedah feqah.
  4. rujukan-rujukan feqah dan juga perubatan.

Pengamal perubatan, merangkumi doktor,  jururawat, pelajar perubatan.

  1. Tugas seorang doctor, pandangan islam terhadap mereka yang bergelar doktor, kepentingan doktor dari sudut keduniaan dan syariatnya.
  2. etika seorang doktor
  3. hubungan doktor antara doktor, pesakit, keluarga.
  4. hukum hakam berkaitan seorang doktor dari sudut gaji dan zakatnya, dan sumbangan kepada komuniti masyarakat.
  5. interaksi doktor dengan spesakit dari segi maruah dan auratnya.
  6. ibadah doktor khususnya solat dalam menjalankan kewajipan selaku doktor.

Pesakit

  1. pemahaman pesakit terhadap tugas seorang doktor dari sudut ikhtiar dan tawakalnya kepada allah.
  2. emosi pesakit.
  3. hubungan pesakit antara pesakit yang lain, keluarga dan doktor.
  4. aurat pesakit sepanjang keberadaannya di hospital, beza lelaki dan wanita.
  5. ibadah pesakit secara khususnya solat, cara berwhuduk mengikut kes, kiblat, tutup aurat, kebersijhan pesakit dalam menunaikan kewajipan.

Cara rawatan dan teknik yang digunakan dalam rawatan

  1. Pembedahan, suntikan, terapi dan sebagainya.
  2. mengupas setiap tajuk fekah berdasarkan kes, dan bukannya bedasarkan sesuatu tajuk feqah secara umum. Namun tidak dinafikan pencerahan bagi setiap tajuk feqah.
  3. Maqasid syriyah dalam setiap tindakan yang diambil dalam memberi sebrang rawatan.

Ubat-ubatan

  1. Penghasilan sesuatu ubat, cara pengunaan ubat tersebut, sejauh mana kajian terhadap sesuatu ubat dilakukan , eksperimen terhadap sesuatu kajian ubatan atas manusia, tujuan dan keberkesanan mengikut syara'.
  2. mengetauhi asal kepada sesuatu ubat-ubatan, maqasid syariyaah dalam ubat.
  3. jenis ubatan makan, sapu,minum, suntikan dan sebagainya.
  4. keluasan perubatan dan feqah kepada sesuatu ubat yang mampu menyebuhkan tetapi ianya dari perkara yang haram

Demikian merupakan perincian bagi setiap tajuk yang bakal dikupas, danm boleh ditambah dan dibuang mengikut kesesuaian.

antara usaha yang lain, yang wajar diusahakan adalah;

Mengumpul segala jenis bentuk pengkajian hukum ;

yang telah dilakukan oleh pengkaji berdasarkan hukum yang sedia da, melihat sejauh mana kupasa mereka, dan perkara mana yang tidak patut dikupas lagi kerana bahan yang telah tersedia.

Mencari sumber rujukan untuk perkara berkaitan perubatan ini;

dan wajar beberapa buku dicadangkan sebagi silibus pengkajian, dinegara arab begitu banyak pengkajian hukum yang telak dilaksanakan, manakala usaha yang perlu adalah mengumpul kajian tersebut dan mengupas berdasarkan keperluan semasa.

Menyediakan kemudahan dan bahan pembacaan yang umum;

mengenai dunia perubatan, dan kajian yang telah dibuat untuk memahamkan mereka dari bidang agama supaya mudah difahami

Berikut merupkan, sedikit sebanyak kupasan serta idea yang mampu saya kedepankan, dan mungkin group ini boleh digerakkan dalam kuantiti yang sedikit, mungkin juga ianya boleh bergerak seperti diskopi yang mengupas sesatu tajuk mengikut kes kemudian disimpulkan perbincangan tersebut diatas kertas, dan untuk masa kan dating, ianya boleh diedit dan ditambah oleh generasi yang akan dating yang baru mula berminat untuk membincangkan perihal tersebut.

Sekian,

Yang ingin menyumbang.
Muhammad Iz'aan Azalan.
Tahun3 usul fiqh , university yarmouk.

P.s : nak bubuh nama akademi ibnu sina ? haha

2 comments: