Oleh
: Iz’aan Azalan
PENGENALAN QIAS
[1] Qias adalah salah satu daripada method ijtihad yang diguna
pakai oleh para fuqaha untuk menentukan hukum syarak bagi sesuatu perkara atau
perbuatan yang tidak ada padanya dalil yang khusus baik daripada Al-Quran
mahupun As-sunnah berkenaan sesuatu perkara atau perbuatan tersebut.
[2] Method ini digunapakai dengan menentukan hukum bagi sesuatu
perkara atau perbuatan, yang tidak ada
dalil daripada Al-Quran dan as-sunah, dengan sesuatu perkara atau
perbuatan, yang ada dalil daripada Al-Quran dan As-sunah, kerana wujudnya
persamaan antara kedua-duanya dari segi
Illah atau sebab hukum tersebut ditetapkan.
ANALOGI QIAS
[3] Qias dengan mudah boleh di analogikan dengan analogi ringkas seperti mana berikut :
Ø Perkara/perbuatan
“x” telah ditentukan hukum terhadapnya berdasarkan dalil Al-Quran atau sunah
dengan hukum “Haram”.
Ø Hukum
“Haram” ditetapkan kepada “x” kerana kewujudan sebab/illah “A” pada perkara “x”
tersebut.
Ø Perkara
“y” yang tidak mempunyai dalil berdasarkan Al-Quran dan as-sunah mempuyai illah atau sebab yang sama dengan
perkara “x” iaitu “A”
Ø Maka
Hukum “Haram” ditetapkan kepada “y” kerana kewujudan sebab atau illah “A”
tersebut.
PRINIP ASAS BAGI
PENGAPLIKASIAN QIAS
[4] Berdasarkan kepada analogi tersebut dapat disimpulkan di sini
bahawa terdapat dua prasyarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum untuk
mengguna pakai method Qias ini.
Ø Hendaklah
dipastikan sesuatu perkara itu tidak ada dalil yang spesifik daripada Al-Quran
mahupun As-sunnah dan Sekiranya ada maka
dalil-dalil tersebut lebih diutamakan.
Ø Hendaklah
perkara yang tidak mempunyai dalil tersebut mempunyai persamaan dari segi illah
atau sebab dengan perkara yang ada pada nya dalil. Sekiranya tidak ada
persamaan maka tidak boleh disamakan hukum di antara kedua-duanya.
[5] Antara lain, turut dapatkan disimpulkan di sini bahawa Qias tidaklah
membuat hukum baru tetapi method ini adalah menyamakan sesuatu perkara dengan
satu perkara yang lain sahaja.
RUKUN-RUKUN QIAS &
CONTOH PENGAMALANNYA
[6] Bagi menentukan hukum sesuatu perkara/perbuatan melalui
method ini, Para Ulama telah menggariskan terdapat empat rukun yang perlu
dipenuhi.
RUKUN PERTAMA ADALAH
PERKARA ASAL
[7] Perkara asal di sini adalah merujuk kepada sesuatu perkara
yang telah disebut di dalam Al-Quran atau As-Sunah berserta dengan hukumnya
menurut islam.
Sebagai Contoh :
Surah Al-Maidah Ayat 10 :
Wahai orang-orang yang
beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[8] Tanpa merujuk kepada Hukum yang terkandung di dalam ayat ini,
Al-Quran telah menyebut bahawa wujudnya perkara yang dinamakan “Al-khamr” yang
diterjemahkan sebagai arak.
[9] Arak ini disebut dengan jelas berserta dengan hukum syarak
berkaitan dengannya di dalam ayat
tersebut. Arak yang disebutkan di sini adalah dikategorikan sebagai Perkara
Asal.
RUKUN KEDUA ADALAH HUKUM
KEPADA PERKARA ASAL TERSEBUT
[10] Perkara asal iaitu arak yang telah
disebutkan dengan nyata dalam ayat yang telah dinyatakan terdahulu daripada
ini, telah turut menjelaskan hukum bagi perkara tersebut.
[11] Perkataan “Fajtanibuhu” adalah perkataan
bahasa Arab yang membawa maksud “Jauhilah”. Di dalam pengkajian usul fiqh
terdapat beberapa lafaz yang telah diklasifikasikan oleh para fuqaha sebagai
perkataan yang membawa maksud pengharaman kepada sesuatu perkara. Dan perkataan
“ijtinab” ini adalah salah satu daripada perkataan yang membawa maksud
pengharaman tersebut.
[12] Oleh yang demikian, adalah dapat diketahui
bahawa hukum kepada rukun yang pertama iaitu arak adalah haram.
[13] Maka, timbul pula persoalan yang akan
dijawab dalam rukun keempat nanti iaitu apakah sebab atau illah diharamkan Arak
tersebut ?
RUKUN KETIGA : PERKARA
ATAU PERBUATAN YANG TIADA HUKUM “PERKARA FURUQ” YANG MENYAMAI SEBAB/ILLAH
DENGAN PERKARA YANG ASAL.
[14] Rukun ketiga ini adalah merujuk kepada
apa-apa perkara yang hendak disamakan dengan pengharaman hukum arak tersebut.
[15] Sekiranya perkara yang terkandung dalam
rukun ketiga ini, jika dapat dibuktikan wujudnya persamaan dengan Rukun Pertama
dari segi sebab atau illahnya yang akan dihuraikan kemudian daripada ini, maka perkara
ini akan diberikan kepadanya hukum sebagaimana perkara asal tersebut.
[16] Sebagai contoh, Rata-rata para sarjana
Islam meletakkan Dadah sebagai contoh yang sesuai untuk memahami bagaimana Qias
diaplikasikan kerana wujudnya persamaan yang ketara dari sudut kewujudan sebab
atau illah pada dadah tersebut dengan perkara asal iaitu arak.
RUKUN KEEMPAT : PERSAMAAN
ILLAH ATAU SEBAB DI ANTARA PERKARA ASAL DAN PERKARA FURUQ.
[17] Sekiranya hukum perkara asal hendak
ditetapkan kepada perkara furuq, hendaklah terlebih dahulu apakah illah atau
sebab yang mempunyai persamaan antara keduanya.
[18] Setelah dikaji dan diteliti dari kesan dan
faktor-faktor lain para fuqaha’ berpandangan bahawa illah atau sebab kepada
pengharaman arak adalah kerana sebab arak itu menutupi akal dan memabukkan yang
boleh menghilangkan kewarasan seseorang.
[19] Pada asalnya, Dadah itu tidak ada apa-apa
hukum terhadapnya dan dengan mengambil kira prinsip sesuatu perkara adalah
halal dan dibolehkan maka dadah pada asalnya adalah halal dan harus digunakan.
[20] Walau bagaimanapun, Kesan yang diperolehi
daripada pengambilan arak turut dilihat akan terhasil bagi mana-mana orang yang
mengambil dadah. Maka, para fuqaha’ berpandangan bahawa dadah dan Arak tidak
ada beza di antara keduanya kerana kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi
illah dan sebab.
[21] Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan
arak adalah kerana menjaga diri manusia agar sentiasa dalam keadaan mulia serta
penguasaan akal yang penuh, perbuatan meminum arak hanya memudaratkan akal
manusia.
[22] Adalah menjadi sesuatu amalan yang tempang
sekiranya hikmah ini tidak diadaptasi dalam kes pengambilan dadah. Oleh hal
yang demikian dadah turut diharamkan hasil daripada persamaan sebab dan illah
tersebut.
SEKITAR PERBINCANGAN
BERKENAAN PENGAPLIKASIAN QIAS DALAM KES PENGHARAMAN DADAH.
[23] Sekalipun telah dijelaskan terdahulu
daripada ini tentang pengaplikasian method qias tersebut, Ada dikalangan para
fuqaha’ yang tidak bersetuju dengan pengharaman dadah menggunakan method ini.
[24] Fuqaha’ tersebut berpandangan bahawa
method qias hanya akan dirujuk bilamana tidak ada dalil tentang sesuatu perkara
yang menjelaskan perkara tersebut secara spesifik.
[25] Sepertimana yang telah di jelaskan sebelum
ini, sekiranya ada dalil dari Al-Quran atau As-Sunah berkenaan dengan perkara
tersebut hendaklah didahulukan dalil-dalil tersebut dan Dalam kes pengharaman
dadah, tidak sewajarnya dirujuk kepada Qias.
[26] Mereka berhujah bahawa Nabi Muhammad saw
pernah bersabda bahawa :
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله
عليه وسلم قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ،
وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ.
Maksudnya : Daripada Ibn
Omar, Sesungguhnya Rasulullah bersabda bahawa setiap benda yang memabukkan
(menghalang akal berfungsi dengan baik) adalah khamar, dan setiap yang
memabukkan itu adalah haram.
[27] Berdasarkan hadis tersebut, dapat diteliti
bahawa Nabi menyamakan setiap yang memabukkan itu sebagai khamar. Tidak kira
apa jua perkara itu dinamakan, sekiranya ia memabukkan (menghalang akal berfungsi
dengan baik) maka perkara tersebut dikategorikan sebagai Al-khamr dan hukum
bagi perkara tersebut adalah Haram.
[28] Oleh itu, adalah lebih tepat dan lebih
wajar jika pengharaman dadah tersebut terus dirujuk kepada dalil yang asal
berbanding kepada Qias.
[29] Pada pandangan penulis, pendapat ini turut
mempunyai hujahnya yang kuat yang harus dipertimbangkan dalam pengharaman
sesuatu perkara yang memabukkan dan tidak hanya
bergantung pada qias kerana ada dalil yang lebih wajar diutamakan.
KESIMPULAN
[30] Berdasarkan kepada
perbincangan di atas adalah dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa perkara
yang perlu diberi perhatian dalam menggunakan method qias bagi menentukan hukum
bagi sesuatu perkara.
[31] Penulis berpandangan bahawa tugas yang
paling sukar dalam membuat penentuan hukum berdasarkan method qias ini adalah
pada menentukan illah atau sebab bagi sesuatu perkara itu diputuskan dengan
hukum-hukum tertentu dan Perlu adanya kemampuan dalam menilai illah atau sebab
agar illah yang dikeluarkan dilihat sebagai sesuatu yang kukuh yang boleh
diterima serta diambil kesempatan oleh mana-mana pihak lain yang tidak bertanggungjawab
dengan mendakwa sesuatu hukum diperolehi dengan Qias sedangkan illah atau sebabnya
sangat longgar sehingga mendatangkan fitnah kepada Agama Islam.
Wallahua3alam.
*Tugasan Untuk Kelas DLSA 2012
*Tugasan Untuk Kelas DLSA 2012
Terima kasih bro
ReplyDeleteminta share terima kasih
ReplyDelete