Friday 10 January 2014

PERLAKUAN PERIBADI YANG MEMBERI KESAN ATAU IMPLIKASI KEPADA MASYARAKAT ADALAH SATU JENAYAH



Perlakuan peribadi yang memberi kesan atau implikasi
kepada masyarakat adalah satu jenayah
"Untuk makluman, kisah Sayidina Umar tidak tergolong dalam hadith, kerana hadith hanya menyangkuti ucapan Nabi Muhammad s.a.w, manakala perbuatan baginda dalam kategori Sunnah. Jadi, tidak timbul isu hadith dhaif.

Riwayat Sayidina Umar ini tercatat dalam Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam Al Ghazali pada Jilid 2 di bawah bab Tanggungjawab menjalankan Amal Ma’ruf Nahi Munkar’ :

Saya sertakan petikan terus dari kitab Ihya Ulumuddin di sini iaitu:

“Jika seseorang melakukan maksiat setelah menutup pintunya, maka untuk membuat siasatan secara rahsia adalah tidak sah. Pernah Hazrat Umar secara sembunyi-sembunyi memasuki sebuah rumah dan mendapati orang di dalam rumah itu sedang melakukan maksiat. Apabila ditanya, orang itu berkata : “Jika aku telah melakukan satu dosa, maka kau telah melakukan tiga dosa.” Apabila kenyataannya dipertanyakan, dia menjawab : Tuhan berfirman: Jangan mencari-cari kesalahan orang lain, tapi kau melakukannya. Jangan memasuki rumah orang melalui cara belakang – namun kau memanjang tembok rumah. Tuhan berfirman: Jangan memasuki rumah orang kecuali setelah dapat izin dari tuan rumahnya dan dengan memberi salam – sedangkan kau tidak meminta izin ataupun mengucapkan salam pada orang di dalamnya.” Setelah itu, Hazrat Umar melepaskan pembuat maksiat itu dan hanya meminta dia bertaubat.”

Riwayat ini juga dicatatkan oleh Mawardi dalam Ahkam, Dawani di Sharh, Zurqani di Sharh dan Fasawi dalam Ma’rifa.

Challenge yang dihadapi oleh umat Islam, termasuk pelaksana hukum Islam ialah dalam mempertimbangkan apakah sesuatu keputusan atau tindakan itu lebih memenuhi wawasan Islam/al Qur'an atau maqasid Shariah, terutamanya apabila secara permukaan, atau jika tidak dikaji mendalam, seperti wujudnya pertembungan prinsip atau hukum yang mana kedua-duanya ada dalam sumber agama. Dalam hal ini, manakah yang patut lebih dijaga dan diutamakan - apakah prinsip privacy, penjagaan hak asasi manusia - ataukah pelaksanaan penghukuman, melanggar privacy manusia seperti yang dijamin Al-Qur'an, secara sengaja mencari kesalahan moral orang dsb..

Banyak pandangan-pandangan ulama klasik lain yang tidak menyokong konsep ‘skuad pencegah maksiat’ yang fokusnya sengaja mencari-cari kesalahan moral orang. Ramai ulama yang lebih cenderung untuk cuba menutupi kesalahan moral orang lain, terutamanya yang tidak dilakukan secara terbuka di ruang awam.

(Harus dibezakan kesalahan moral dengan jenayah)" - https://www.facebook.com/yatikpw?fref=ts

MAKLUM BALAS

Berdasarkan kepada apa yang telah dinyatakan terdahulu daripada ini, berikut adalah dua isu yang saya ingin saya hujahkan.

ISU Pertama : Perbuatan dan Pengataan para sahabat Nabi terutamanya Sayidina omar.
Jika merujuk kepada penulisan saya yang sebelum ini apa yang saya cuba bangkitkan adalah kesahihan riwayat tentang penceritaan kisah Sayidina Omar memecah masuk ke dalam satu premis “selepas ini dirujuk sebagai kisah Sayidina Omar”, apa yang telah saya hujahkan sebelum ini, riwayat tersebut tidak sah.

Saya percaya setiap apa yang hendak disandarkan kepada para sahabat dan/atau lebih-lebih lagi kepada nabi seharusnya diteliti sanad bagi penceritaan tersebut sebelum boleh dihujahkan dan/atau diterima pakai sebagai sumber penghujahan atau sebagai bukti . Dalam erti kata lain, jika kesahihan riwayat tersebut diragui maka mana-mana penghujahan tidak boleh disandarkan sebagai hujah.

Saya boleh bersetuju dengan teladan yang perlu diambil dalam kisah sayidina Omar hanya sekiranya riwayat penceritaan tersebut dibuktikan kesahihannya, Mana-mana kisah atau riwayat sekalipun dinyatakan di dalam mana-mana kitab/buku/penulisan walaupun dalam kuantiti yang banyak, tidak boleh dijadikan hujah.

Saya percaya bahawa perbuatan atau percakapan para sahabat adalah satu daripada sumber perundangan yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan terutamanya apabila banyak hadis yang diriwayatkan daripada baginda nabi tentang Sayidina Omar. 

Oleh itu, segala perkara yang telah dibangkitkan berdasarkan kepada periwayatan kisah Sayidina Omar tersebut adalah terbatal dan tidak boleh dijadikan sebagai sumber rujukan hukum.

Isu Kedua : Perihal Kebebasan Peribadi dan Perihal Kepentingan awam

Saya rasa perkara yang cuba dibangkitkan oleh saudari adalah kerana gagal membezakan di antara maksud bagi kebebasan peribadi yang tidak melibatkan orang lain, dan kebebasan peribadi yang menyentuh perihal keadaan orang lain.

Saya akui setiap orang punya hak, hak untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan atau kebajikan diri sendiri, seseorang itu bebas untuk mengurustadbir apa yang dirasakan patut untuk diri sendiri tanpa urusan tersebut melibatkan perihal orang lain.

Dalam masa yang sama, saya juga akui bahawa selain daripada adanya ruanglingkup kebebasan peribadi ini, ada ruanglingkup yang lain iaitu ruanglingkup awam (masyarakat). Yang mana ruanglingkup awam ini terhasil akibat daripada interaksi manusia sesama manusia yang membentuk sebuah masyarakat. 

Dalam mengurus tadbir masyarakat kerajaan selaku pemimpin harus membuat undang-undang yang wajar dipatuhi oleh masyarakat bagi mengatur kehidupan manusia supaya berjalan dengan lancar dan teratur.

Saya tegaskan bahawa mana-mana individu adalah mempunyai kebebasan yang seluas-luasnya dalam konteks peribadi yang perlu dihormati. walau bagimanapun, sekiranya tindakan daripada perbuatan peribadi memberi kesan kepada sebahagian orang dalam masyarakat, atau masyarakat keseluruhannya, perbuatan peribadi tersebut tidak dianggap sebagai perbuatan peribadi sebaliknya perbuatan yang melibatkan ruanglingkup dan kepentingan awam yang kerajaan atau pemimpin seharusnya campur tangan.

Dalam konteks contoh yang saudari berikan, seseorang lelaki atau perempuan yang berkhalwat atas persetujuan bersama dalam keadaan yang tersorok dan tersembunyi dan sedaya upaya merahsiakan serta dan akhirnya tidak ketahui oleh sesiapa kecuali mereka berdua, sekalipun perbuatan tersebut adalah perbuatan jenayah, dosa perbuatan mereka itu adalah antara mereka dengan tuhan.  Dalam konteks ini, saya akui kita tidak boleh menyiasat kesalahan orang lain atau mencari aib.

Tetapi, sekiranya penceritaan yang seumpama di atas dimasukkan elemen perbuatan tersebut diketahui oleh mana-mana pihak dalam masyarakat atau masyarakat keseluruhannya dan membuat laporan terhadap perilaku tersebut, kerajaan atau pemimpin atau wakil mereka seharusnya menjalankan siasatan bertindak bagi orang awam tersebut untuk memastikan sama ada laporan itu adalah benar atau tidak, sekiranya benar, orang yang ditangkap tidak semestinya bersalah, kerana adanya institusi kehakiman untuk mereka membela diri. Dan dalam perihal ini, siasatan harus dijalankan.

Apa yang saya cuba tegaskan adalah mana-mana perbuatan yang salah, jika tiada daripada perbuatan mereka memberi kesan kepada masyarakat, mereka adalah bertanggungan perkara tersebut di sisi Allah Swt, akan tetapi sekiranya perbuatan salah tersebut diketahui oleh sebahagian atau keseluruhan masyarakat sekalipun dibuat dikawasan yang kononya bersifat perbadi dan atau privasi, perkara ini harus disiasat kerana melibatkan kepentingan awam.

Wallahu'3lam

No comments:

Post a Comment