Tuesday 12 May 2009

KETUA PELAJAR PUTERA



KETUA PELAJAR PUTERA
MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH


الحمد لله رب العالمين والصلاة و السلام
على أشرف الأنبياء و المرسلين و على آله وصحبه أجمعين

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya, serta para sahabat,para tabien dan para A’lim Ulama moga-moga dirahmati Allah.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Badan Redaksi Majalah Iltizam sesi 2007 kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan penerbitan Majalah Iltizam pada kali ini, saya mengharabkan melalui keluaran majalah ini dapat kita ceritakan kepada para waris pelajar serta masyarakat setempat tentang hal keadaan Mahad Tarbiah Islamiah ini, dan semoga berbagai nostalgia dan kenangan yang berlaku dialam persekolahan ini dapat kita abadikan didalam majalah ini dan menjadi kenangan yang terindah kelak.

Saya selaku ketua pelajar putera sesi 2007 dan badan pengawas yang lain ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang mempercayai kewibawaan kami untuk menjawat jawatan yang sedia ada ini, walaupun terdapat kelemahan pada diri kami yang dhoif ini, semoga segala tunjuk-ajar , dorongan serta nasihat yang diberikan dapat kami manfaatkan dimasa yang akan datang.

Dalam kesempatan ini juga saya dan teman-teman muthakharijin generasi yang ke-19 yang lain ingin memohon berjuta-juta kemaafan kepada guru-guru , teman-teman dan Warga Maahad seandainya sepanjang keberadaan kami dibumi Maahad Tarbiah Islamiah ini pernah mengguris hati dan perasaan semuanya, semoga segala amalan yang dilakukan ini memberi dorongan dan manfaat kepada rakan-rakan dan juga mendapat keredhoan illahi.

Amin Ya Rabbal A’lamin…

USAHA YANG MURNI BERMULA DENGAN NIAT YANG IKHLAS

Abd Rahim Zaki
Ketua Pelajar Putera 2007

No comments:

Post a Comment