Tuesday 12 May 2009

KETUA EDITOR ILTIZAM


KETUA EDITOR ILTIZAM
MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH









الحمد لله رب العالمين والصلاة و السلام
على أشرف الأنبياء و المرسلين و على آله وصحبه أجمعين

Pertamanya kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam kepada baginda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta Ahli Keluarganya dan Sahabatnya serta Tabiin dan Alim Ulama’ sekaliannya

Jazakumullah khairan kathira diucapkan kepada Mudir Am Maahad Tarbiah Islamiah ,Mudir Marhalah Thanawiah,Guru Penasihat Majalah Iltizam sesi 2007 , guru-guru yang senantiasa memberi sokongan dan dorongan, krew-krew Iltizam dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan penerbitan Majalah Iltizam pada kali ini.

Saya mengharapkan dengan adanya Majalah Iltizam ini dapat mencatat satu lembaran sejarah yang menyimpan khazanah perkembangan segala aktiviti dan peristiwa pahit manis,suka duka dan naik turunnya prestasi pencapaian Maahad Tarbiah Islamiah,dan juga mengambarkan dengan lebih dekat kepada ibu bapa dan masyarakat tentang hal keadaan dalaman Maahad Tarbiah Islamiah.

Dalam kesempatan ini juga saya dan teman-teman muthakharijin generasi yang ke-19 memohon berjuta-juta kemaafan kepada guru-guru seandainya sepanjang keberadaan kami dibumi Maahad Tarbiah Islamiah ini pernah mengguris perasaan semuanya secara langsung mahupun tidak langsung dan moga-moga dengan adanya wasilah ini dapat memberikan suntikkan semangat sebagai satu galakkan kepada sahabat seperjuangan sekalian agar dapat meneruskan pembelajaran dan berusaha dengan lebih gigih bagi merealisasikan matlamat Maahad Tarbiah Islamiah.dan juga mendapat keredaan illahi.

Amin Ya Rabbal A’lamin…

PEMUDA HARI INI,PEMIMPIN MASA HADAPAN





Abd Hadi Abd Majid
Ketua Editor Iltizam 2007

No comments:

Post a Comment