Tuesday 12 May 2009

PERINTIS PENUBUHAN MTID

PERINTIS PENUBUHAN

1981 Bangunan pertama Maahad iaitu pembinaan semula bekas sebuah Ward Hospital Alor Setar dua tingkat yang didirikan secara gotong-royong. Bangunan ini berfungsi sebagai asrama, dewan makan dan kelas pengajian untuk 100 orang pelajar putera peringkat Ibtidai dalam pengambilan sesi pertama.
Bangunan kedua dibina melalui waqaf sebuah Madrasah Lama di Pantai Johor berfungsi menampung 50 orang pelajar puteri.
Bangunan ketiga telah dibina melalui waqaf oleh pihak Madrasah Ahmadiah Keplu Kodiang yang berupa sebuah Bangunan dua tingkat kayu. Bangunan ini berfungsi sebagai asrama dan kelas pengajian untuk 200 orang pelajar puteri ketika itu.

1982 Sebuah bangunan 2 tingkat yang kini dikenali sebagai bangunan Saidina Omar telah dibina untuk menampung 200 orang pelajar putera hasil bantuan kewangan dari masyarakat, Sebuah bangunan didirikan di Bahagian puteri yang diwaqafkan oleh Masjid Lama Kg nakhoda Batu Caves Selangor.
Rumah masak dan Dewan makan untuk Pelajar Putera dibina.

1983 Masjid Utama Maahad telah siap dibina hasil sumbangan peribadi yang bersifat ‘tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengertahui’.

1984 Sebuah bangunan (bekas bangunan lama lebuhraya) yang berfungsi sebagai Pejabat dan Perpustakan serta Arkib telah didirikan.

1986 Bangunan (bekas bangunan lama lebuhraya) yang berfungsi sebagai asrama (Asrama Aisyah dan Asrama Fatimah) untuk menempatkan pelajar puteri seramai 300 orang ketika itu telah dibina

1987 Dewan makan untuk bahagian puteri dibina bersama pejabat urusetia bahagin puteri. Pada tahun yang sama juga sebuah bangunan lama dari Kandis, Kodiang telah diwaqafkan

1988 Membeli sebuah bangunan lama milik “Belia Bimbingan Alor Setar” serta didirikan semula di sini dengan diberi nama “Darul Ulum” sebagai menampung kelas pengajian bahagian Thanawi Putera dan Puteri.

Pada hujung tahun ini,seramai 40 orang siswa UTM telah dihantar untuk menjayakan pembinaan sebuah bangunan baru melalui program khidmat masyarakat anjuran Universiti tersebut. Program ini dibawah khidmat nasihat secara langsung dari Jabatan Senibina UTM.

Bangunan yang didirikan melalui program khidmat masyarakat oleh UTM telah selesai pembinaannya. Bangunan ini telah dimanfaatkan oleh Pustaka Al-Wasit, sebuah badan penerbitan milik Maahad. Telah beroperasi dalam bidang typesetting, percetakan dan jualan kitab/buku

Kantin untuk penuntun lelaki juga dibina pada tahun tersebut.

Pada 31 Disember tahun ini keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai telah membiayai bangunan kelas dan asrama pelajar ibtidai 1 hingga 3 putera dan puteri. Bangunan ini dinamakan “Ahmadiah” sempena nama beliau.

Kantin bahagian puteri pula telah dibina melalui waqaf sebuah kedai kecil dari Lengkuas, Bukit Pinang.

Rumah tetamu telah dibina setelah menyedari tentang keperluan tetamu luar yang tidak putus-putus disamping waris pelajar dari jauh yang menziarahi Maahad dan anak mereka.

Maahad telah membeli dua bidang tanah yang berdekatan;
Pertama) Tanah seluas 2.5 ekar di atas bukit (bersebelahan dengan sekolah bahagian puteri) bagi membangunkan sebuah Kompleks Pendidikan Tinggi di Maahad sebagai persediaan kepada lanjutan peringkat Thanawi
Kedua) Tanah seluas 15 ekar bersebelahan dengan perkampungan Derang tetapi dipisahkan oleh sebuah alur yang merintanginya.

1992 Maktabah/ perpustakaan maahad telah didirikan hasil sumbangan wakaf oleh Hajjah Wan Don Binti Megat Hamid dengan diikenali sebagai “Baitul Hikmah” bertarikh 4 Disember 1992.

Enam unit kuarters guru bersama deretan kelas dan asrama pelajar ibtidai putera telah dibina di Darul Atfal

Surau bagi pelajar ibtidai dibina di Darul Atfal
Sebuah dewan telah siap dibina dengan diberi nama “Dewan Al-Bukhary”

1997 Satu projek turap mini tar telah dijalankan oleh Majlis Pimpinan Pelajar putera yang membabitkan kawasan asrama putera dan merentasi lorong Niamaty

2003 Maahad telah membuka sebuah mini market dibawah Lajnah Kebajikan di Bukit Pinang sebagai langkah pengisian ekonominya

No comments:

Post a Comment