Wednesday 21 March 2012

'pillow talk' bersama Dr Asyraf

Setiap hari selasa merupakan hari motivasi yang bermakna, Dr Asyraf Bani Kinanah bagaikan ayah yang menasihati anaknya. Terasa hubungan ini makin rapat dan erat.

"Bukan hanya ilmu, bukan hanya akhlak, bukan hanya peribadi yang menjadikan seseorang itu hebat, bahkan kesemua sudut jika digabungkan barulah seseorang itu hebat"

"Sekalipun kebenaran dipihak kamu, tetapi kamu lemah untuk menyampaikannya sedikit pun tidak menguntungkan dan ramai yang menolak, maka kamu gagal, kerana kebenaran itu sifatnya diterima"

"Pastikan diri kamu diterima masyarakat, sebelum kamu menegur mereka. apakah kamu menyangka amalan 50 tahun yang telah mereka amalkan akan ditinggalkan dengan hanya kamu kata perbuatan itu bidaah ?"

"Aku tidak mahu orang yang berpegang pada manhaj salafi seperti aku, berpakaian seperti aku, bahkan aku mahu lihat kepelbagaian, ada yang berniaga, jurutera, dan sebagainya, bukan syarat pakaian aku ini, setiap orang pelu berpakaian mengikut kesesuaian pekerjaan mereka, dengan kepelbagaian ini kita mampu masuk dalam masyarakat"

Sedikit perkongsian dari Dr Asyraf Bani Kinanah yang aku dapat semasa 'Pillowtalk' yang menggantikan kelas Risalah Imam Syafie sebentar tadi.

*Setiap Hari Selasa, ada pengajian dirumah beliau, jika ada yang berminat, insyallah kita boleh pergi bersama.

(coretan di wall fb pada minggu lepas, malam tadi terpaksa ponteng untuk wacana perdana)

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Kelas tu, untuk syabab sahaja ke?

    ReplyDelete