Monday 2 April 2012

kenapa jantung yang disebut ?

Petang tadi (khamis 29/3/2012) sempat menghadiri seminar mengenai kesan pembacaan Al-Quran terhadap denyutan jantung manusia yang diadakan dikuliah hijawi.


salah seorang daripada panelis jemputan adalah Dr Aish Lababaneh sebagai wakil kuliah syariah.

sebelum perbincangan lanjut, Dr ada memberi sedikit pencerahan mengenai isyarat Al-Quran yang menunjukkan hati itu center manusia.

Sebahagian dari pengkaji, menolak alasan ini kerana berpendapat center manusia adalah otak, bukannya hati.

Namun, kebelakangan ini ada kajian yang dibuat mengenai pemindahan jantung manusia kedalam diri individu yang lain, dalam kajian tersebut menunjukkan penerima kepada jantung tersebut sedikit sebanyak terkesan dengan kelakuan individu yang pertama. Seolah olah ada tempat simpat maklumat dihati tersebut.

yang kedunya, soal Al-Quran merawat jantung ? Benarkah ia berperanan merawat sakit yang melibatkan jantung secara zatnya atau ianya bersifat dalaman (ma'nawi) ? Dan jika secara ma'nawi adakah kerana irama yang ada atau pada kalimah itu sendiri ? Jika kerana irama, kita boleh ambil apa jua irama yang lain dan bukan hanya Al-Quran?

* Sempat dengar sejam je tadi, rugi betul.

No comments:

Post a Comment