Hukum Feqah berdasarkan profesion perubatan 
terdapat 5 perkara merangkumi perkara ini;
 
- Pengenalan terhadap perubatan dan feqah.
 
- Pengamal perubatan
 
- Pesakit
 
- Cara rawatan.
 
- Ubat-ubatan.
 
Perincian terhadap setiap perkara diatas.
Pengenalan terhadap dunia perubatan dan feqah secara umum
- Apa itu perubatan, perkembangan perubatan, kajian      yang dilakukan terhadap dunia perubatan, serta pencapain semasa terhadap      perubatan.
 
- Apa itu feqah, perkembangan feqah, kajian yang ada      didalam ilmu feqah, sumber rujukan feqah, rujukan feqah semasa
 
- pengenalan terhadap ilmu usul feqah, maqasid      syariah, kaedah-kaedah feqah.
 
- rujukan-rujukan feqah dan juga perubatan.
 
Pengamal perubatan, merangkumi doktor,  jururawat, pelajar perubatan.
- Tugas seorang doctor, pandangan islam terhadap      mereka yang bergelar doktor, kepentingan doktor dari sudut keduniaan dan      syariatnya.
 
- etika seorang doktor
 
- hubungan doktor antara doktor, pesakit, keluarga.
 
- hukum hakam berkaitan seorang doktor dari sudut      gaji dan zakatnya, dan sumbangan kepada komuniti masyarakat.
 
- interaksi doktor dengan spesakit dari segi maruah      dan auratnya.
 
- ibadah doktor khususnya solat dalam menjalankan      kewajipan selaku doktor.
 
Pesakit
- pemahaman pesakit terhadap tugas seorang doktor      dari sudut ikhtiar dan tawakalnya kepada allah.
 
- emosi pesakit.
 
- hubungan pesakit antara pesakit yang lain,      keluarga dan doktor.
 
- aurat pesakit sepanjang keberadaannya di hospital,      beza lelaki dan wanita.
 
- ibadah pesakit secara khususnya solat, cara      berwhuduk mengikut kes, kiblat, tutup aurat, kebersijhan pesakit dalam      menunaikan kewajipan.
 
Cara rawatan dan teknik yang digunakan dalam rawatan
- Pembedahan, suntikan, terapi dan sebagainya.
 
- mengupas setiap tajuk fekah berdasarkan kes, dan      bukannya bedasarkan sesuatu tajuk feqah secara umum. Namun tidak dinafikan      pencerahan bagi setiap tajuk feqah.
 
- Maqasid syriyah dalam setiap tindakan yang diambil      dalam memberi sebrang rawatan.
 
Ubat-ubatan
- Penghasilan sesuatu ubat, cara pengunaan ubat      tersebut, sejauh mana kajian terhadap sesuatu ubat dilakukan , eksperimen      terhadap sesuatu kajian ubatan atas manusia, tujuan dan keberkesanan      mengikut syara'.
 
- mengetauhi asal kepada sesuatu ubat-ubatan,      maqasid syariyaah dalam ubat.
 
- jenis ubatan makan, sapu,minum, suntikan dan      sebagainya.
 
- keluasan perubatan dan feqah kepada sesuatu ubat      yang mampu menyebuhkan tetapi ianya dari perkara yang haram
 
Demikian merupakan perincian bagi setiap tajuk yang bakal dikupas, danm boleh ditambah dan dibuang mengikut kesesuaian.
antara usaha yang lain, yang wajar diusahakan adalah;
Mengumpul segala jenis bentuk pengkajian hukum ;
yang telah dilakukan oleh pengkaji berdasarkan hukum yang sedia da, melihat sejauh mana kupasa mereka, dan perkara mana yang tidak patut dikupas lagi kerana bahan yang telah tersedia.
Mencari sumber rujukan untuk perkara berkaitan perubatan ini;
dan wajar beberapa buku dicadangkan sebagi silibus pengkajian, dinegara arab begitu banyak pengkajian hukum yang telak dilaksanakan, manakala usaha yang perlu adalah mengumpul kajian tersebut dan mengupas berdasarkan keperluan semasa.
Menyediakan kemudahan dan bahan pembacaan yang umum;
mengenai dunia perubatan, dan kajian yang telah dibuat untuk memahamkan mereka dari bidang agama supaya mudah difahami 
Berikut merupkan, sedikit sebanyak kupasan serta idea yang mampu saya kedepankan, dan mungkin group ini boleh digerakkan dalam kuantiti yang sedikit, mungkin juga ianya boleh bergerak seperti diskopi yang mengupas sesatu tajuk mengikut kes kemudian disimpulkan perbincangan tersebut diatas kertas, dan untuk masa kan dating, ianya boleh diedit dan ditambah oleh generasi yang akan dating yang baru mula berminat untuk membincangkan perihal tersebut. 
Sekian,
Yang ingin menyumbang.
Muhammad Iz'aan Azalan.
Tahun3 usul fiqh , university yarmouk.
P.s : nak bubuh nama akademi ibnu sina ? haha