Saturday 7 July 2012

Antara perkara 'halal' dilakukan dan 'boleh' dilakukan


Antara perkara 'halal' dilakukan dan 'boleh' dilakukan.


1. Status ini Respon kepada status saya 9 jam yang lalu yang dikatakan telah menyinggung perasaan sebahagian rakan-rakan yang ada di FB ini, dan ada yang menyangka status tersebut ditujukan khas kepada peribadi tertentu.


2. Sebenarnya, Status tersebut merupakan reklek daripada beberapa perkara yang saya nampak dan terbaca melalu FB ini tanpa ada niat untuk mengintip atau mencari salah individu tertentu. saya lihat kebelakangan ini perkara tersebut sering kali berlaku, dan saya ingin memberi respon terhadap apa yang berlaku.

3. Perkara yang saya ingin ajak rakan-rakan berfikir adalah berkaitan kemesraan suami isteri dialam maya, sejauh mana sempadan yang ada.dan ingin saya nyatakan, saya tidak menghalang atau menyekat kebebasan mana-mana individu untuk suara kan apa yang dia rasa serta tunjukkan apa yang dia lalui, tapi dalam masa yang sama tidak menghalang bukan bererti saya tidak boleh menyatakan apa-apa respon terhadap apa jua perkara yang dilakukan.


4. Terangkat dosa : kadang-kadang saya berasa hairan melihat gelagat manusia yang sebelum ini giat menjalankan dakwah dan tarbiah kepada rakan-rakan dan menerangkan akan kepentingan menjaga hati dan sebagai, apatah lagi sebelum berkahwin. lagi lantang dengan isu ikhtilat-ikhtilat ini. tetapi setelah berkahwin, lain pula ceritanya. seperti sudah berbeza dengan sebelumnya. kalau dulu komen ketka perlu, selepas kahwin makin galak berkomen sakan, kalau dulu dengan lelaki ini ada jurang tapi setelah kahwin apa jurang pun takda, semua dah dibolehkan.

baik, mungkin ada yang berkata mereka mesra sikit-sikit je bro apa la yang kau nak bising sangat. memang saya setuju kalau bab sikit-sikit itu. suami isterikan ? tapi masalahnya jika kemesraan itu melebih-lebih saya fikir ssuatu yang kurang. cuba bayangkan kalau diruang publik para isteri sedang berbual "eh, malam ini jumaatkan, saya ada projek dengan suami" atau "bila la nak nak ada pejuang dalam rahim ini" atau "harap-harap rahim ini diisi dengan benih-benih pejuangan" atau "eh,macam mana nak besarkan payudara? untuk suami ini" dan sebagainya. seolah-olah lepas kahwin perkara ini tak datangkan sebarang masalah.

5. Ruang public : saya secara peribadi, tidak menyokong perbuatan tersebut atas beberapa alasan. antaranya kerana perkara itu dipublickan dan semua orang tahu. kenapa tidak, sekiranya hanya dikongsi bersama mereka yang sama situasi dengan mereka.

dan tidak perlu mengunakan ruang publik ini sebagai tempat untukmezahirkan kemesraan. kerana bagi saya ikatan pernikahan hanya membenarkan kamu berdua sahaja yang bermesra antara satu sama lain tapi tidak dengan masyarkat.


6. berkognsi untuk masa hadapan : Saya tidak ada masalah langsung untuk siapa yang nak berpegang dengan mazhab ini, persedian pada masa hadapan dikira sesuatu yang amt bagus, kerana memberi kita gambaran umum tentang sesuatu perkara.

tetapi soalan yang ingin dilontarkan, adakah semua perkara wajar dikongsikan ? hatta perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan juga perkara yang mengurangkan rasa hormat orang kepada awak selaku isteri atau suami orang ? ataupun saya yang agak terlampau jumud. biarkan je la mereka nak 'ringan-ringan' di FB. lagipun diorang kan suami isteri.

7. Moral dan legal : rakan-rakan, disana ada 2 perkara yang kita perlu lihat, legal (ertinya ada perkara bertulis yang membenarkan sesuatu tindakan atau tidak) Moral (ertinya adab dalam masyarakat yang tidak bertulis tapi berdasarkan 'paham-paham' sendiri).

Sebelum ini saya ada bagi contoh pasangan suami isteri yang bercumbuan mulut dikhalayak ramai, ramai yang terus bagi hukum kata haram kerana menyebabkan fitnah, maruah , masyarakat dan sebagainya. saya bersama pandangan ini.


kebebasan yang kamu ada tidak beerti kamu boleh lakukan perkara yang menyebabkan masyarakat tidak senang. walaupun kamu ada hak selaku suami untuk cium kt mana pun. bagi isteri,kamu ada hak untuk mempamaerkan muka kamu dimana sahaja. tetapi ingat, kamu berdua perlu mengambil kira tempat,masa dan masyarakat. kerana perbuatan yang mengairahkan tersebut hanya khas untuk kamu berdua sahaja.

begitu juga apa yang kamu berdua berkongsi dilaman FB, kerana dianggap sesuatu yang umum kepada masyarakat. Tiada beza pun antaranya public di realiti ataupun public dimaya dalam situasi ini.Begitu juga contoh-contoh lain, cerita pasal tandas ketika orang sedang makan, merokok dikhalayak ramai, dan perkara-perkara lain. Kiaskan sahaja.

8. Falsafah Hudud : Rakan-rakan sekalian, saya rasa semua orang setuju hudud itu sebahagin dari agama, dan persoalan yang selalu timbul sewaktu perbincangan adakah ianya sesuai atau tidak. jika diperhatikan, jenayah hudud mempunyai falsafah yang cukup tinggi seperti mana yang dikupas oleh Muhd Qutb, kata beliau jenayah hudud ini mempunyai hikmah yang banyak antaranya menjaga kemaslahatan dan moral masyarakat. cuba kamu bayangkan sekiranya perbuatan zina itu dilakukan terang-terang ditempat umum, adakah perkara itu dikira sebagai sesuatu yang baik dan normal ? (mengikut masyarakat yang bermoral yang cuba dibina), tidak kisah kamu sudah berkahwin pun, kamu juga tidak dibenarkan untuk buat hubungan kelamin diruang public, kerana itu adab @ moral yang kamu perlu jaga.


9. Kesimpulan : saya menyatakan apa yang saya rasa, dan relek kepada apa yang berlaku disekeliling saya. saya tidak kisah mesra-mesra antara suami isteri, tapi tak boleh ke mesra selain benda yang melibatkan alat sulit dan hal-hal kelambu ? kalau nak cakap rindu, sayang dan sebagianya itu sesuatu yang normal.

Kalau masyarakat kita sudah bertukar uruf seperti di barat, (menaggap tak paperkara ini), mungkin saya tidak akan berkata perkara ini, kerana disana ada latar tempat yang cukup kuat untuk membenarkan pasangan melakukan perkara tersebut.

kesemua hujah berkaintan haram saya boleh terima, tapi saya tidak mahu pamerkan kita hanya tahu haramkan itu dan ini tanpa menjelaskan kenapa perkara itu haram dan sebagainya.

dan sekali lagi, saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya mengharungi perkara ini, kerana anda telah menganggumkan saya. dan saya harap saya juga pada suatu hari ini tak sembang mesra dalam kelambu dan kemaluan dalam ruang public, sekiranya ada, tolong-tolonglah post balik blog ini pada saya. biar saya juga terasa.

Dan perlu diingatkan perkara ini diaplikasi untuk kedua belah pihak, lelaki dan juga perempuan.

P/s : Ini belum lagi sentuh part perempuan bujang keluar melepak dengan suami isteri yang dah berkahwin. (ditujukan khas siapa yang gila-gila perjuang bab ikhtilat ini). tak faham apa bezanya laki itu dah kahwin dan belum kahwin. padahal yang berkahwin itu bukan dia. tak tahu perlu tegur sekarang atau nanti.

2 comments:

  1. meh,, takde butang like. tak reti tmbah eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ari itu ada, tapi dah hilang. tak tau aku macam mana nak buat

      Delete