Sunday 12 August 2012

Penentuan waktu solat dan berbuka puasa di atas kapal terbang

Penentuan waktu solat dan berbuka puasa di atas kapal terbang

Semester musim panas sudah pun tiba ke penghujungnya, lebih kurang seminggu lagi saya akan pulang ke kampung halaman(Tapah, Perak). Sememangnya perasaan seronok dan gembira untuk bertemu dengan sanak saudara yang hampir setahun tidak berjumpa.
Insyallah, Jika tiada aral melintang dan semuanya perkara mengikut apa yang telah dirancang saya akan pulan ke Malaysia pada 12 Ogos 2012. Saya akan bertolak dari Queen Alia Airport pada jam 4.30 petang, dan tiba di Airport Doha 2 jam selepas itu.
Saya akan transit di Doha lebih kurang 7 jam sebelum belepas ke Malaysia pada jam 7 pagi keesokan harinya. Perjalanan dari Doha ke Malaysia mengambil masa lebih kurang 7-8 jam berdasarkan masa jangkaan yang tertera di tiket penerbangan saya.
Kali ini merupakan kali kedua saya pulang ke Malaysia menyambut hari raya, kali pertama adalah pada tahun lepas iaitu pada Ogos 2010. Sebelum itu saya tidak pulang ke Malaysia hampir 2 tahun.  Pada mulanya saya tidak mahu pulang pada tahun ini kerana saya bakal menamatkan ijazah saya pada Januari 2013. Tetapi atas permintaan keluarga saya akur.
Untuk post kali ini saya ingin menulis berkenaan penentuan waktu solat dan berbuka ketika berada di atas kapal terbang kerana saya kira penting untuk umat Islam tahu waktu solat dan berbuka walau di mana pun mereka berada dan bukan sekadar ikutan, paling tidak ada sedikit pengetahuan.  
Memandangkan saya akan bermusafir kali ini pada bulan Ramadan dengan mengetahui penentuan waktu solat ini juga akan memudahkan saya tahu waktu berbuka sekiranya saya ingin berpuasa tanpa mengambil rukhsah musafir.


Butiran Perjalanan Jordan – Malaysia
Penerbangan pertama (12 Ogos 2012)
Queen Alia Airport, Amman (4.30 pm) – Doha Airport, Qatar (6.30 pm)
Jarak perjalanan adalah  1700 km dan  Masa yang diambil adalah 1.30 – 2.00 Jam.

Penerbangan Kedua (13.8.2012)
Doha – Airport, Qatar (7.50 am)- Kuala lumpur International Airport, Malaysia (8.50 pm)
Jarak perjalanan adalah 6000 KM dan mengambil masa lebih kurang  7-8 Jam

Perbezaan waktu
Jordan dan Doha merupakan negara yang berkongsi zon GMT +3 yang sama, manakala Malaysia pula berada di zon waktu GMT +8, ini bermakna perjalanan saya dari Doha ke Kuala Lumpur akan melintasi 5 zon waktu yang berbeza.
Berikut saya sertakan waktu bagi setiap zon tersebut mengikut waktu perjalanan saya.
Masa Qatar  (+3)
Masa
GMT (+4)
Masa
 GMT (+5)
Masa
GMT (+5.30)
Masa
GMT (+6)
Masa
GMT
(+6.30)
Masa
GMT (+7)
Masa
GMT (+8)
7.50
8.50
9.50
10.20
11.50
12.20
11.50
12.50
8.50
9.50
10.50
11.20
11.50
12.20
12.50
13.50
9.50
10.50
11.50
12.20
12.50
13.20
13.50
14.50
10.50
11.50
12.50
13.20
13.50
14.20
14.50
15.50
11.50
12.50
13.50
14.20
14.50
15.20
15.50
16.50
12.50
13.50
14.50
15.20
15.50
16.20
16.50
17.50
13.50
14.50
15.50
16.20
16.50
17.20
17.50
18.50
14.50
15.50
16.50
17.20
17.50
18.20
18.50
19.50
15.50
14.50
17.50
18.20
18.50
19.20
19.50
20.50

Waktu solat bagi setiap zon waktu pada 13 Ogos 2012
Pada asalnya penetapan waktu solat perlu mengikut kepada putaran matahari, daripada mula terbit fajar sehingga tenggelam matahari, dan semua ini perlu kepada penyaksian. Akan tetapi, teknologi yang ada pada masa kini banyak memudahkan urusan manusia dalam menentukan waktu solat, terdapat alat-alat yang canggih bagi mengira kitaran matahari.

Untuk itu, dengan bantuan laman web islamic finder, saya kumpulkan waktu-waktu solat bagi setiap zon waktu.
Waktu / Zon
(12.8.2012)
GMT +3
(Doha)
GMT +4
(Oman)
GMT +5
(Karachi)
GMT +5.30
(Bangalore)
GMT +6
(bangladesh)
GMT
+6.30
(Burma)
GMT +7
(Aceh)
GMT +8
(Kula lumpur)
Subuh
3.43
4.18
4.44
4.54
4.14
4.34
5.23
6.01
Zuhur
11.39
12.11
12.38
12.25
12.04
12.11
12.44
13.19
Asar
15.08
15.37
16.05
15.34
13.30
3.22
14.01
14.37
Maghrib
18.12
18.40
19.09
18.43
18.33
6.32
18.54
19.25
Isyak
19.42
20.11
20.30
19.57
19.54
7.43
20.01
20.33

Hipotesis awal bagi waktu solat sepanjang dua hari bermusafir
Berdasarkan ketiga-tiga maklumat yang saya sertakan di atas saya dapat jangkakan dan simpulkan waktu solat dan berbuka saya seperti berikut : 
 

  1.  Pada 12 Ogos 2012 saya akan menunaikan solat subuh dan melakukan solat Qasar dan Jama’ Takdim antara zuhur dan asar pada waktu zuhur hari tersebut mengikut jadual waktu Jordan , dan berbuka puasa di atas kapal terbang 20 minit sebelum sampai kelapangan terbang Doha serta menunaikan solat Qasar dan jama’ takhir Isyak dan Maghrib mengikut jadual waktu Doha.
  2.  Pada 13 Ogos 2012 pula saya akan menunaikan solat subuh mengikut jadual waktu Doha, Melakukan solat Qasar dan Jama’ Takdim Antara zuhur dan Asar 3-4 jam selepas berlepas dari lapangan terbang Doha mengikut jadual waktu Bangalore atau Gujarat India.
  3. Dan saya jangkakan waktu berbuka saya pada hari tersebut adalah mengikut jadual waktu aceh, Indonesia atau Yangon, Myanmar. Tapi saya lebih cenderung mengikut jadual waktu aceh. Walau bagaimana pun, melihat keluar tingkap merupakan cara yang paling selamat.
  4. saya juga boleh menunaikan solat qasar dan Jamak takdim antara Maghrib dan Isyak di atas atau menunaikannya secara qasar dan jama’ Takhir dilapangan terbang antara bangsa Kuala Lumpur.

Demikian  ringkasan bagi  jangkaan awal waktu solat saya sepanjang dua hari bermusafir saya.
Tempoh
Perjalanan(Jam)
Jarak(KM)
ditempuhi
Masa Qatar  (+3)
Masa
GMT (+4)
Masa
 GMT (+5)
Masa
GMT (+5.30)
Masa
GMT (+6)
Masa
GMT
(+6.30)
Masa
GMT (+7)
Masa
GMT (+8)
1
750
8.50
9.50
10.50
11.20
11.50
12.20
12.50
13.50
2
1500
9.50
10.50
11.50
12.20
12.50
13.20
13.50
14.50
3
2250
10.50
11.50
12.50
13.20
13.50
14.20
14.50
15.50
4
3000
11.50
12.50
13.50
14.20
14.50
15.20
15.50
16.50
5
3750
12.50
13.50
14.50
15.20
15.50
16.20
16.50
17.50
6
4500
13.50
14.50
15.50
16.20
16.50
17.20
17.50
18.50
7
5250
14.50
15.50
16.50
17.20
17.50
18.20
18.50
19.50
8
6000
15.50
14.50
17.50
18.20
18.50
19.20
19.50
20.50


2 comments:

  1. Terima Kasih di atas info yang amat berguna ini..

    ReplyDelete
  2. Casino City NJ - DMC
    A 부천 출장샵 new casino is coming to Casino City, featuring 40 slots 대구광역 출장마사지 and 밀양 출장마사지 52 table games, 경상북도 출장마사지 as well as poker. Find out all details 창원 출장샵 here. You can find the opening hours

    ReplyDelete