Sunday 5 August 2012

Puasa 31 hari atau Tidak ?


Respon terhadap soalan puasa :

"Jika seseorang itu berada di Jordan berpuasa awal sehari dari Malaysia dan kemudian bermusafir ke sana, adakah ini bermakna kemungkinan puasanya akan menjadi 31 hari ? seperti Malaysia melengkapkan bilangan hari dibulan Ramadan sebanyak 30 hari. Sekiranya berkemungkinan, apakah wajib untuk dia berpuasa pada hari tersebut ?

Secara ringkasnya berdasarkan apa yang saya tahu, adalah seperti berikut ;-
 
  1. Mungkin jumlah hari bulan Ramadan di Malaysia hanya menjadi 29 hari. Dan ketika itu seseorang itu masih berpuasa 30 hari.
  2. Mungkin juga jumlah hari bulan Ramadan di Malaysia menjadi 30 hari, sekiranya anak bulan tidak kelihatan, maka bilangan hari bagi seseorang seperti kes di atas akan berada 31 hari di bulan Ramadan.
  3. saya rasakan – Hanya tuhan lebih mengetahui- perlu seseorang itu puasa pada hari 31 tersebut atas sebab-sebab berikut :

a.      Hadis Riwayat Muslim :

عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه ذكر رمضان
 فقال لا تصوموا حتى تروا الهلال ولا تفطروا حتى تروه فإن أغمي عليكم فاقدروا له

Daripada Ibn omar : Telah menyebut Rasulullah Selawat dan salam ke atasnya perihal bulan Ramadan lantas baginda bersabda “ Jangan Kamu Pberpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan jangan kamu berbuka –menyambut hari raya- kecuali kamu melihatnya, dan sekiranya kamu terlindung –daripada melihatnya- maka lengkapkan bilangan harinya.

Tambahan pada Riwayat bukhari :

فإن غبي عليكم فأكملوا عدة شعبان ثلاثين

Sekiranya kamu terlindung –daripada melihatnya- maka lengkapkanlah bilangan bulan sya’ban 30 hari.

Ini bermakna, sekiranya di Malaysia anak bulan tidak kelihatan pada malam ke 30, maka perlu melengkapkan bilangan hari sebanyak 30 hari. Maka bagi orang yang bermusafir ke negara tersebut perlu mengikuti kiraan pada negara tersebut. Dan hadis berikutnya

b.      Hadis Riwayat Abu Dawud :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال الصوم يوم تصومون والفطر يوم تفطرون
 والأضحى يوم تضحون قال أبو عيسى هذا حديث حسن غريب

 Daripada Abu Hurairah Sesunguhnya Nabi selawat dan salam ke atasnya pernah bersabda “ Berpuasalah Hari orang ramai berpuasa, dan berhari rayalah pada hari orang ramai berhari raya, dan berkorbanlah pada hari orang ramai melakukan ibadah korban”
dan sebahagian Sarjana menafsirkan "melakukan ibadah pada hari kebanyakkan orang"

Hadis ini jelas menunjukkan, seseorang itu perlu mengambil kira suasana sesutu kawasan tersebut, sekiranya seseorang itu telah pun berpuasa 30 hari dan telah berhijrah ke suatu kawasan berbaki satu hari lagi sebelum menyambut hari raya, perlu baginya berpuasa.

c.      Sekiranya seseorang itu tidak berpuasa pada hari tersebut, ini akan mengundang fitnah kepada masyarakat dan menyentuh sensitiviti masyarakat di kawasan tersebut.

d.      Seseorang yang dah berhijrah ke sesuatu kawasan, perlu ikut masa tempat tersebut. Ibarat hari wuquf diarafah. Tidak boleh seseorg itu ikut kiraan negara asalnya.

e.      Lebih selamat dalam beribadah untuk berpuasa, kerana asal bulan ramadan belum lagi habis. Yakin takkan hilang dengan syak ini merupakan kaedah dalam Fiqh.


f.       Puasa 31 hari itu walaupun lebih, insya-Allah ada ganjaran di sisi Allah.

Dan Sekiranya seseorang itu uzur atau berbuka ketika musafir maka bilangan yang perlu diganti adalah mengikut jumlah hari yang telah ditinggalkan. Kerana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 185 :

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ 
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾

Sekalipun Jumlah puasa 31 Hari, Perlu seseorang itu menggantikan puasanya mengikut jumlah hari yang ditinggal.

-Berikut Merupakan pandangan penulis berdasarkan pembacaan ringkas beliau-

No comments:

Post a Comment