Pengenalan:-
[1] Salah
satu daripada method pengekstrakan
(Istinbat) hukum syarak daripada sumbernya yang utama (Al-Quran dan As-sunah)
adalah Mafhum Mukhalafah.
[2] Mafhum
Mukhalafah adalah merujuk kepada pemahaman maksud yang bertentangan dengan apa
yang dinyatakan di dalam sesuatu dalil.
[3] Untuk
mengekstrak Mafhum Mukhalafah daripada dalil sesuatu dalil, adalah menjadi
kelaziman untuk kita benar-benar memahami terlebih dahulu maksud asal bagi
sesuatu dalil tersebut.
Contoh Umum :-
[4] Sebagai contoh mudah sekiranya kita
mengatakan bahawa :-
Antara contoh daripada Dalil
Al-Quran :-
Maksudnya
:- Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini -
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan.
[5] Berdasarkan
pemahaman asal ayat tersebut, kita akan memahami bahawa Allah Swt menyarankan
kepada semua umat Islam untuk menyelidik terlebih dahulu cerita(atau berita)
yang dibawa oleh orang Fasiq. Manakala ayat tersebut menerusi pemahaman Mafhum
Mukhalafah boleh difahami bahawa Allah Menyarankan kepada semua umat Islam
untuk menerima apa-apa cerita yang dibawa oleh Orang yang Adil tanpa perlu
diselidiki terlebih dahulu.
Antara Contoh Logik Akal :-
“Ahmad ketika ini sedang bermain
bola sepak”
[6] Dari
sudut pemahaman asal, kita akan memahami bahawa Ahmad sedang bermain bola
sepak. Manakala, dari sudut pemahaman Mafhum Mukhalafah kita boleh memahami
bahawa Ahmad pada ketika ini tidak
bermain selain dari bola sepak seperti bola jaring, bola tampar atau selain
daripadanya.
Pandangan Ulama’ terhadap method Mafhum Mukhalafah :-
[7] Ulama’
Usul Fiqh tidak bersepakat tentang kebolehan menggunakan method ini untuk
mengekstrak hukum daripada dalilnya. Ada yang beranggapan ia boleh digunakan
dan ada pula yang menganggap sebaliknya.
[8] Antara
punca utama kepada perbezaan pendapat ini bagi mereka yang tidak menyokong
penggunaan method ini adalah kerana mereka beranggapan perkara yang diperolehi
secara ‘mafhum Mukhalafah’ adalah sesuatu yang tidak diperintahkan atau
disyariatkan kepada umat Islam ia hanya bersandarkan kepada pemahaman di
sebalik satu arahan dan saranan seperti mana yang telah dinyatakan di dalam
contoh di atas.
[9] Walau
bagaimanapun, Ulama’ Usul Fiqh tetap bersependapat secara keseluruhannya ada
jenis Mafhum Mukhalafah yang tidak sama sekali boleh dijadikan hujah iaitu
Mafhum Mukhalafah (Al-Laqab). Bagi menjelaskan perkara ini, adalah lebih baik
sekiranya jenis-jenis Mafhum Mukhalafah ini dinyatakan terlebih dahulu.
Jenis-Jenis Mafhum Mukhalafah
[10] Para
sarjana yang bersetuju mengenai penggunaan method Mafhum Mukhalafah dalam
mengeluarkan (istinbat) telah menganalisis bentuk-bentuk mafhum mukhalafah dan
mendapati bahawa Mafhum Mukhalafah ini ada pelbagai jenis iaitu Mafhum Sifat,
Mafhum Syarat, Mafhum Ghayah, Mafhum Adad dan Mafhum Laqab (yang tidak
dipersetujui penggunaanya)
Mafhum Sifat :-
[11] Sebahagian
daripada Mafhum Mukhalafah adalah terdiri daripada Mafhum sifat iaitu jika
sesuatu hukum itu ditentukan wajib (sebagai contoh) akibat daripada sesuatu
sifat yang terkandung di dalam sesuatu dalil itu, maka jika sifat itu telah
hilang atau tiada maka sifat wajib secara mafhum mukhalafahnya juga turut akan
tiada.
Sebagai Contoh :
Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang tidak
mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang
baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka
bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu
miliki.
[12] Berdasarkan ayat tersebut, Pemahaman asal
daripada ayat tersebut adalah jika seseorang itu tidak mampu untuk mengahwini
seorang perempuan mukminat yang merdeka maka kahwinlah mana-mana hamba mukminat
yang ada dikalangan hamba-hamba yang dimiliki. Manakala secara Mafhum
Mukhalafahnya, Kebolehan untuk berkahwin dengan hamba ini hanya dibenarkan
kepada hamba yang mukminat sahaja, dan jika hamba tersebut musyrik atau kafir
maka Islam tidak membenarkannya berpandukan kepada ayat ini.
[13] Jika dilihat kepada contoh mafhum sifat
ini, kita mendapati bahawa kebolehan untuk berkahwin dengan hamba ini adalah
tertumpu pada status agama seseorang hamba tersebut, islam atau tidak seseorang
hamba itu menjadi penentu sama ada perkahwinan tersebut dibolehkan atau tidak.
Secara pemahaman asal kita dapati Allah benarkan untuk mana-mana orang
berkahwin dengan hamba mukminat, dan secara mafhum mukhalafahnya Allah melarang
untuk menikahi hamba-hamba yang musyrik.
Mafhum syarat :-
[14] Sebahagian daripada Mafhum Mukhalafah adalah
terdiri daripada Mafhum syarat iaitu jika sesuatu hukum itu ditentukan wajib
(sebagai contoh) akibat daripada sesuatu syarat yang ditetapkan di dalam
sesuatu dalil itu, maka jika syarat tersebut itu telah hilang atau tiada maka
sifat wajib secara mafhum mukhalafahnya juga turut akan tiada.
Sebagai
Contoh :-
Maksudnya ; Dan sesiapa di antara kamu yang tidak
mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang
baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka
bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu
miliki.
[15] Berdasarkan
ayat tersebut, Pemahaman asal daripada ayat tersebut adalah jika seseorang itu
tidak mampu untuk mengahwini seorang perempuan mukminat yang merdeka maka
kahwinlah mana-mana hamba mukminat yang ada dikalangan hamba-hamba yang
dimiliki. Manakala secara Mafhum Mukhalafahnya, Kebolehan untuk berkahwin
dengan hamba ini hanya dibenarkan sekiranya tidak mampu, apabila lelaki
tersebut mampu untuk menikahi wanita mukminat yang merdeka, maka mereka tidak
dibenarkan untuk berkahwin dengan hamba tersebut.
[16] Ini
jelas menujukkan bahawa syarat sama ada berkemampuan atau sebaliknya menjadi
faktor kepada perubahan hukum, yang mana jika seseorang lelaki itu mampu
berkahwin dengan wanita merdeka, maka mereka tidak boleh untuk berkahwin dengan
hamba dan begitulah jika sebaliknya.
Mafhum Ghayah :-
[17] Sebahagian
daripada Mafhum Mukhalafah adalah terdiri daripada Mafhum Ghayah iaitu jika
sesuatu hukum itu ditentukan wajib (sebagai contoh) kerana satu tujuan yang
ditetapkan di dalam sesuatu dalil itu, maka jika tujuan tersebut itu telah
hilang atau tiada maka sifat wajib secara mafhum mukhalafahnya juga akan
hilang.
Maksudnya :- Dan mereka bertanya kepada mu (wahai
Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda
yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah
kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu)
dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk
bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka
datanglah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi
orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
[18] Berdasarkan
ayat tersebut, pemahaman yang asal adalah seseorang itu tidaklah boleh
didatangi(hubungan kelamin) orang yang datang haid itu sehinggalah mereka suci.
Manakala pemahaman mafhum mukhalafah bagi ayat tersebut adalah jika orang yang
telah didatangi haid tersebut telah suci, maka mereka adalah boleh didatangi
[19] Faktor
kepada hukum tersebut adalah status bebas daripada haid. Bebas daripada haid
itu adalah tujuan yang syariat tetapkan untuk membolehkan seseorang suami itu
melakukan hubungan kelamin dengan isterinya.
Mafhum A’dad :-
[20] Sebahagian daripada Mafhum Mukhalafah
adalah terdiri daripada Mafhum Adad iaitu sesuatu hukum itu ditentukan wajib
(sebagai contoh) dengan bilangan jumlah yang ditetapkan di dalam sesuatu dalil
itu, maka secara mafhum mukhalafahnya dapat difahami bahawa jumlah atau
bilangan tersebut tidak boleh ditambah atau berkurang dan menepati jumlah atau
bilangan tersebut adalah satu kemestian.
Contoh
:-
.
Maksudnya :- Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali
sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap
keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
[21] Berdasarkan ayat tersebut, hukuman yang
dijatuhkan terhadap pesalah zina lelaki dan perempuan adalah sebatan sebanyak
100 kali sebatan. Manakala dengan pemahaman Mafhum Mukhalafah, Jumlah selain
daripada 100 sebatan adalah tidak boleh dijadikan hukuman kepada pesalah zina
yang lelaki mahupun perempuan.
Mafhum Laqab
[22] Seperti mana yang telah dinyatakan
terdahulu daripada ini, mafhum laqab adalah disepakati penghujahannya tidak
boleh diaplikasikan dalam mengekstrak hukum daripada dalilnya.
[23] Mafhum Laqab merujuk kepada pemahaman
mafhum mukhalafah selain daripada nama atau individu atau kata nama khas yang
terkandung di dalam sesuatu dalil.
Maksudnya :-Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah;
dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap
orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang
serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
[24] Berdasarkan
ayat tersebut, mafhum laqab yang hendak ditonjolkan adalah sekiranya ayat ini
difahami secara literal nya kita akan mendapati bahawa Muhammad itu rasulullah,
dan seandainya mafhum mukhalafah diaplikasikan tidaklah boleh dijadikan bahawa
selain daripada Muhammad itu adalah bukan rasulullah, sedangkan kita ketahui
rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah bukan nabi Muhammad sahaja.
Syarat Utama dalam Mengekstrak Hukum
menggunakan Method Mafhum Mukhalafah ;-
[25] Terdapat
banyak syarat yang telah digariskan oleh para fuqaha’ dalam membolehkan Mafhum
Mukhalafah ini digunakan untuk membolehkan method ini diaplikas dalam
mengekstrak hukum syarak.
[26] Antara
syarat yang terpenting adalah pastikan mafhum mukhalafah yang dibuat atau
dihasilkan tidak bertentangan dengan dalil yang mempunyai pemahaman asal yang
menghalang atau melarang perkara yang diperolehi secara mafhum mukhalafah.
[27] Sebagai
Contoh dalam Ayat riba ;-
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu
bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
[28] Berpandukan ayat tersebut, tidaklah boleh
difahami bahawa ayat tersebut hanya melarang orang-orang beriman daripada memakan riba yang berlipat
ganda, dan kononnya secara mafhum mukhalafah(mafhum sifat) jika riba itu tidak
berlipat ganda maka ia adalah dibenarkan.
[29] Ini kerana terdapat dalil yang menyentuh
perkara riba secara terus iaitu :-
Maksudnya ;- Orang-orang yang memakan (mengambil) riba
itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama
sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi
lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.
[30] Dan berpandukan kepada ayat ini, mafhum
mukhalafah kepada surah Al-Imran ayat 130 adalah tidak boleh diaplikasikan
kerana bertentangan dengan dalil yang lain. Oleh yang demikian itu, perlu
diberi perhatian bahawa mafhum mukhalafah itu tidaklah boleh sesekali
bertentangan dengan dalil-dalil yang lain.
Kesimpulan
[31] Perbahasan yang melibatkan tajuk mafhum
mukhalafah ini adalah salah satu tajuk yang panjang yang dibahasakan oleh para
fuqaha’, bagi mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hal-hal yang melibatkan interpretasi dalil
bagi mengeluarkan, mereka sewajarnya menekuni bab ini supaya hukum yang
dikeluarkan tidak bertentangan dengan dalil-dalil yang lain.
Mantap la izaan! Hee. Thanks!
ReplyDelete