Hala Tuju Teman Seperjuanganku Setelah Tamat Thanawi 6 sesi 2007
Namanya Redhuan, ataupun lebih disenangi dengan panggilan wawan, umo sebaya or tua setahun dari aku agak nye 20 or 21..pas Thanawi 6 ari tu dia terus ke ipoh rumah abang nya, kalau tak silap dia tolong abangnye mengajar qiraati kat sana, dalam masa yang sama, dia daftar diri dia untuk ambik SPM, ini disebabkan sek kami tu tak ada SPM, Tapi Xkisah pun.. lepas tamat di derang pun boleh ambikkan? Alhamdullah.. keputuan SPM nya memuaskan, dengan itu, dia telah melanjutkan pelajarannya ke kolej tempatan, kolej islam perak or apa namanya(ntah le..dia ada bg tau ari 2),but its not the point, the point is, he further his study right?(salah kot english aku ni..hahah) ok la, sekarang ni baru start sem agaknya, ye la, mana-mana kolej or universiti start sem dalam bulan 5 or 6 ni kan? aku harp kawan aku ni berjaya dalam usahanya maju kehadan, aku berdoa pada tuhan untuk kejayaanya di masa hadapan!!GOOD LUCK WAWAN!!

Yang ni plak..namanya Hisyamuddin, org panggil Syam je..dia ni muka je muda, tapi dah tua..hehe umur dia kt 23 or 24, tapi sekelas ngan aku.. kenapa?? jangan la tanya aku.. tanya dia sendiri la..xtahu nk tanya macam mana? xpe2..nanti aku cari email dia, korang je tny k..
Yang aku nak cite sekarang pas dia tamat thanawi 6, pas dia tamat tu kan dia sambung kat tafaqquh juga.. dia ni pun same juga daftarkan diri sebagai calon SPM persendirian.. nak tahu result dia x..? sorry..aku xada jawapan untuk 2.. sebabnya kenapa?? biarlah rahsia...hehe tapi nak tau x sekarang ni di wat pe..? dia dah jadi promoter untuk satu syarikat pengeluaran kereta, perodua atau proton kat shah alam, lama dah aku x jumpa dia ni.. dia bz.. banyak keje kot.. tapi xpa, persahabatan ni untuk selamanya bukan..? ada jodoh, berjumpa la kami...Pape pun aku ni sentiasa doakan kebahagian hang syam.. selamat berjaya..
Dan yang ni aku..Nama aku iz'aan, kawan-kawan panggil aku izaan, ustaz pun panggil aku izaan.. kiranya nama iz'aan ni memang nama yang mesra la kot.. nak tau jalan yang aku pilih plak?setamat aku thanawi 6, parent aku suruh ambik kelas bahasa inggeris, aku ni kalau cakap english phua chu kang aku tau la, english u.s or u.k ni xda la aku tau.. dah parent suruh, aku pun p jela.. 2 sebulan lebih je kelas 2..lepas pada tu, aku daftar diri masuk tafaquh, tapi xlama, aku fikir2 balik, ada baiknya aku berhenti dan masuk kelas yang formal untuk duduki SPM ni.. Time 2 kan, lagi 7 bulan je nak exam, bulan 3 kalau x silap aku daftar 2..
Tapi korang jangan terkejut, Aku dapat 7A beb!!!2B & 1C.
(riaknya aku..) nak tahu rahsianya? boleh2..Pas dapat result 2 aku terus minta pilot, aku dapat tawaran kat HMA langkawi, Tapi yang menyedihkan duet Plak x cukup.. Pinjaman mara tu plak dah beku time aku minta 2, yang untuk U & poli ni, aku minta juga,dapat UDM (universiti darul iman), Aku xpuas hati sebab xdapat belajar pilot 2, sec ond choice aku,aku minta nak belajar kat jordan plak..borang dah submit, tapi xtau la lagi diterima atau x, kalau diterima pun kemasukan lambat lagi..bulan 9 macam 2,jadi sekarang ni aku ambik kemahiran di ABM (akademi binaan Malaysia) aku ambik fabrikasi aluminium, hujung bulan 7 ni habisla...
itulah gida kawan aku.. kami masing-masing tolong menolong untuk berjaya bersama-sama..cikgu-cikgu yang ada sume terkezuutt ngan pencapaian kami.. dah la xda asas, masuk kelas 7 bulan dapat 7A,ada orang x puas hati tau.. budak pondok dapat 7A..hehe ini bukan nak riak ke, apa ke.. just nak bagi tau masyarakat diluar sana, hantarlah anak kamu untuk pelajari ilmu aga dulu.. kemudian baru mengaji ilmu duniawi ni.. bukan lah saya nafikan ilmu duniawi, tapi saya rasa ibu bapa perlu tekan tentang agama dulu.. kalau kita cari dunia, memang kita dapat dunia, tap kalau kita cari akhirat automatik dapat dunia.. berbalik pada gida ni, sekarang dia tengah ambik stam, sekali ngn rahim.. kat baling kot kalau x silap.. papepun taniah gida!! Buat Yang terbaik untuk stam ni.. bleh g al-azhar..doaku sentiasa menemani mu.. (ceh wah.. nak bodek la 2)..
"Salam sejahtera, sari berita cuaca untuk seluruh negara"hehe.. macam islamic je pembaca berita ni..hehe nama empunya gambar ni abdul hadi bin abdul majid.. Dia ni bakal ulama' tau.. doakan Amin..Baiklah, selepas Menjadi alumni Thanawi 6, hadi mengambil keputusan sama macam rahim, iaitu melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi..diploma di tafaqquh, namun begitu, beliau merasakan pentingnya SPM lalu mengambil keputusan dengan mendaftar kan diri beliau sebagai calon SPM persendirian.. namun ketentuan ilahi lebih hebat berbanding perancangan manusia, dalam pertengahan tahun 2008, beliau mendapt tawaran bagi melanjutkan pelajaran beliau ke tempat yang tidak pernah beliau sangka iaitu di sana' yaman, beliau telah pun membuat keputusan untuk kesana, maka bermula lah perjalanan seorang musafir kelana merentasi lautan menuju ke bumi anbia.. segala penat dan lelah beliau bagi mengumpul dana untuk kesana telah mendapat perhataian seorang yang pemurah,hamba tersebut banyak membantu beliau sehingga beliau berjaya kesana..kini beliau berada di tahun 1! syabas Abdul Hadi! buktikan pada dunia bahawa dirimu penyambung risalah!! TakbiR! allah akhbar! amin ya rabbala'lamin
Abu Hassan Ali.. namanya saja dah menampakkan beliau seorang yang penyayang,Halus tutur kata, tinggi budi pekerti..Bukan sekadar nama.. tapi peribadinya juga begitu.. begitu beruntung rasanya diri ini kerana pernah diberi peluang untuk mengenali insan yang bersama ali..mengapa?? dalam persahabatan kadang2 berlaku perselisihan faham bukan? apa yg korang wat? bertumbuk? bertekak? memang itu yang sering dilakukan berbeza dengan ali.. dia sentiasa senyum dan diam apabila marah...selepas tamat Thanawi 6, ali terus berkhidmat kepada masyarakat dengan mendidik anak masyarakat mempelajari qiraat..Mulia sungguh hati abu hasan ali ini.. sampai detik ini ali terus berkhidmat..ya allah kau kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada insan ini bagi menempuh segala liku2 kehidupan...aku harap persahabatan ini terus kekal abadi... semoga usaha murni mu mendapat ganjaran yang tidak ternilai harganya disisi robbul jalil..
buktikan lepasan Maahad Tarbiah Islamiah Is The Best Among Of The Best!!
(betul ke bi aku ni pun.. salh tegur2 la ye..)
Semua tentang membe2 aku, aku dah cita, korang bila plak?
(khusus Untuk Thanawi 6 banat Sesi 2007)
Masing2 anda impian untuk maju kehadapan.. aku dan sahabat aku, dah pun pilih jalan masing2 untuk berjaya.. Sekian
No comments:
Post a Comment