Sunday 14 June 2009

Result SPM 2008 Ku



Tentang SPM dan Segala yang sangkut-paut

Sebelum korang nak kate aku ni poyo ke ape ke, biar aku x-plainkn dulu ye...Ni blog Aku, suka hati la nak pos pape pun..haha(maaf ye kalau rasa macam kurang ajar ye)ok lah.. berbalik pada cita aku.. Aku nak story juga la kat sini kan, tentang result SPM aku, harap dapat pengajaran ke iktibar ke, dan yang paling penting, adik-adik aku boleh contohi aku..


Keputusan SPM aku bebaru ni agak memberangsangkan la juga.. aku x puas hati sebab xdapat suma.. Maybe ada hikmahnya kot.. lagi pun mungkin berbaloi dengan apa usaha aku.. tuhan lebih mengetauhi apa yang terbaik..Aku dengan bangganya dan rasminya, nak mengumumkan.. result SPM sesi 2008!!Aku mendapat 7A BEB!! yang lain 2B dan 1C, hehe nak tau apa yang c? jap g aku cerita..


Baiklah, hari ini aku nak dedahkan macam mana aku dapat banyak huruf A..haha..sebenarnya aku ni budak ngaji agama, ataupun dalam istilah mendalamnya, aku ngaji pondok, kat kedah..Nama pondok 2 Maahad Tarbiah Islamiah.. Tapi, sekarang ni bukan nak cite tentang pondok 2.. Jadi bila nak daftar SPM ari 2, aku tanya kat cikgu, berapa maksimum pelajaran agama yang boleh saya ambik? cikgu cakap ikut kemampuan kamu la.. aku tilik punya tilik, ada 4 pelajaran agama yang aku ambik untuk SPM ni, 1.pendidikan islam, 2.Syariah 3.Alquran dan assunah 4.Bahasa arab tinggi. Tengok 2, kat sini je dah 4A aku boleh dapat..dan korang nak tau? aku xtumpu dah kat pelajaran ni, sebab kat pondok yang aku belajar dulu lagi tinggi tahapnya.. kat sini je aku dah safe banyak masa boleh tumpu yang lain..

Ok..nak tau lagi 3A aku curi mana,..? aku selongkar pelajaran mana yang xpenah aku belajar, sumenya ada 6, aku xpenah belajar standard tinggi macam SPM ni, Jadi aku tumpu la.. tapi, mengikut keutamaan, 1.B.M 2.B.I 3.Math 4.sains 5.sejarah 6.Ekonomi Asas..macam mana Aku study? baik, B.M ni aku xtau nak x-plain pasal B.m ni aku main formula juga..aku dapat formula ni pun time p seminar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.. dan x lupa juga cikgu yang mendidik.. B.I? kan aku ada tulis, sebelum ambik SPM ni aku ada Ambik kelass B.I kn ? jadi sedikit sebanyak membantu aku. Untuk Math ni aku gila2 study, aku ambik tusyen, curi masa mata pelajaran agama, study math..sebab aku betul2 perlu fokus kalau nak yang terbaik.. Sains ni plak aku betul2 terima kasih pada allah kerana kurniakan cikgu yang pandai mengajar.. cikgu ni baru pas kluar universiti, tapi xpa..dia tolong study kat kami, kemungkinan2 tajuk mana yang bakal naik.. T.Q cikgu Azirah!! Sejrah ni plak nasib ada bantuan pondok dulu.. dia ada tanya juga tentang sejarah para nabi dan sahabat.. kedatangan islam ditanah melayu.. apa lagi bekal dah da ada.. balun je la.. yang lain2 2, cikgu tolong permudahkan sejarah penjajah, sejarah malaysia dan sejarah dunia.. x lupa aku kat cikgu ku manis ni..Hairan Nape aku ambik Ekonomi Asas? aku saje je.. nak tambah maklumat tentang kitaran ekonomi ni.. tapi dapat faham yang asas je la.. xpe2 banyak membantu aku pelajaran ekonomi ni.. nak tau hasil nya x?Apa yang A ?apa Yang B? Dan yg C tu?


Bahasa Malaysia A2, Bahasa Arab Tinggi A2, Syariah Islamiah A2, Al-quran As-sunnah A2, Pendidikan Islam A2, Matematik A1, Sains A1, Ekonomi Asas B3, Sejarah B3, English..ni yang sedih ni..dapat C5 je... tapi aku syukur!!


Taniah atas diri aku dengan segala strategi ku...!!

1 comment: